ARTIKEL

Konvensyen Khas PKR sempena ulang tahun ke-25 diawalkan Ahad ini – Fahmi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Konvensyen Khas 25 Tahun PKR, yang dijadualkan berlangsung pada 28 April, diawalkan kepada Ahad ini.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, berkata lokasi program itu turut ditukar daripada Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, Selangor kepada Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.

“Tarikh asal pada 28 April, tapi diawalkan pada 21 April dan lokasi baharu di IDCC,” katanya ringkas kepada BERNAMA hari ini.

Sebelum ini, PKR menetapkan selepas konvensyen khas itu, Malam Sambutan 25 Tahun Keadilan akan diadakan pada 11 Mei 2024 di Sentul Depot di sini.

Malam Sambutan 25 Tahun itu dijadual berlangsung sepanjang hari dengan acara kemuncaknya penyampaian Amanat Presiden PKR, yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. -BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah