ARTIKEL

KONVOKESYEN CYBERJAYA COLLEGE KUCHING LAHIR GRADUAN BERDAYA TAHAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

»SERAMAI 190 GRADUAN Kolej Cyberjaya Kuching merai kejayaan dengan menerima diploma pada Majlis Konvokesyen yang berlangsung di Dewan Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 30 November lalu. 

Menerusi jumlah tersebut, seramai 108 pelajar lulus dengan diploma dalam Penjagaan Kesihatan, 20 diploma dalam Kesihatan Persekitaran, 27 dalam Fisioterapi, dua dalam Bioteknologi, 43 dalam Teknologi Makmal Perubatan dan 25 dalam pengajian perniagaan.

Menurut, Naib Canselor Kolej Cyberjaya Kuching, Profesor Dr. Zabidi Hussin, keberanian, ketekunan dan kebolehsuaian pelajar ke atas cabaran dan ketidaktentuan kelas 2023, menjadikan konvokesyen tahun ini sebagai simbol kejayaan mengatasi kesukaran. 


“Konvokesyen yang diiktiraf sebagai majlis istimewa dan tradisi keramat dalam akademik, disifatkan sebagai peristiwa penting dalam kehidupan graduan dan seluruh komuniti akademik. 

“Ia bukan sahaja menandakan pencapaian akademik tetapi juga pertumbuhan peribadi dan transformasi.

Sepanjang tempoh mereka di Kolej Cyberjaya Kuching, para graduan berdepan impak kemelut krisis Covid-19,” ujarnya. 

Tambah beliau, pelajar turut berdepan pelbagai cabaran termasuk terpaksa pulang rumah, mengubah ruang kediaman menjadi kawasan belajar dan menyesuaikan diri dengan norma pendidikan baharu.

“Pengalaman ini, walaupun menuntut ketekunan dan kesabaran, ia tetap dipuji kerana membentuk graduan tahan dengan peningkatan penghayatan sains, kebenaran dan pengiktirafan yang berhatihati ke atas bahaya maklumat salah,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Doreen Tan Ai Meng berkata, pendidikan merupakan bekalan penting untuk menjadi panduan melangkah ke dunia baharu yang sentiasa berkembang. 

“Perjalanan anda bersama Cyberjaya College Kuching bukan sahaja dilengkapi pengetahuan, tetapi juga membentuk individu yang berdaya tahan, semangat dan berwawasan. 

“Anda menangani banyak cabaran, menerima peluang dan hari ini, anda berbangga dengan pencapaian anda,” katanya sambil menzahirkan ucapan tahniah kepada semua graduan. 

Dalam pada itu, Doreen akui peristiwa penting ini menandakan kemuncak tahun kerja keras, dedikasi dan ketabahan dalam diri setiap graduan. 

“Masa anda di sini bukan soal buku teks dan peperiksaan, ia juga tentang memupuk pemikiran kritis, memupuk kreativiti dan menerima pembangunan kemahiran insaniah. Ini kemahiran hidup yang anda sentiasa bawa ke mana-mana sahaja anda pergi,” ujarnya. 

Jelas beliau lagi kejayaan bukan semata-mata tentang pencapaian peribadi, malah ia juga mengenai pengaruh positif atau sumbangan yang dilakukan terhadap kehidupan orang lain. 

“Ingatlah untuk menghulurkan bantuan, mengangkat orang di sekeliling anda dan menjadi ejen perubahan positif dalam keluarga, tempat kerja serta komuniti anda.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan para graduan agar sedia meneroka dunia dengan penuh keberanian dan keazaman dan jangan biarkan halangan itu menghentikan diri dari mengejar impian.

“Belajarlah daripada kegagalan, kerana ia sering membawa kepada kejayaan yang paling tinggi. Untuk pengetahuan, antara agensi yang terlibat semasa majlis konvokesyen tersebut ialah Borneo Education Group. 

Tujuan Pengelibatan adalah sebagai platform membantu para graduan atau lepasan graduan mencari kerjaya yang releven dengan kursus yang di pelajari dan untuk pelajar lepasan Tingkatan 5, Tingkatan 6 dan diploma untuk memilih kursus yang di tawarkan di kolej atau universiti. 

Selain itu, ia juga memberi latihan dan khidmat nasihat kepada calon yang bakal menghadiri temu duga.

LAIN-LAIN BERITA

Hias bilik anak

PADA USIA TERTENTU, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka untuk tidur secara berasingan. Untuk itu, penyediaan dan dekorasi bilik anak memainkan peranan penting untuk memastikan

Pusat peranginan World Awana

TERLETAK hanya 35 minit perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur, pusat peranginan World Awana merupakan destinasi terbaik percutian di sekitar Genting Highlands. Pusat peranginan ini

Junjung hak wanita

KEGANASAN terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa dan budaya Mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan

Lebih empat dekad kembara putera

TAHUN ini, Persatuan Penulis Utara Sarawak menjangkau usia 45 tahun. Mesyuarat penubuhannya berlangsung pada 7 Julai 1979 di Kelab Shell, Lutong. PUTERA didaftarkan secara rasmi

Bidar lukut merah Sukan air unik Mukah

SELAIN tibow, permainan bidar lukut juga salah satu sukan tradisi unik di Mukah. Bidar membawa maksud perahu, manakala lukut ialah daun yang digunakan untuk belayar.

Kenangan 70 pelajar khatam al-Quran

MAJLIS Khatam Al-Quran sebagai pemula acara yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Encik Buyong, Kuching pada jam 8.00 pagi awal bulan ini disertai 70 pelajar sekolah

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta