Trending

Kopi ‘berlian’ baharu untuk petani luar bandar Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kopi kini dijadikan sebagai tanaman baharu berpotensi untuk membangunkan ekonomi penduduk luar bandar di Sarawak.

Justeru,Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyarankan petani di luar bandar supaya turut menanam kopi selain daripada tanaman komersial lain seperti kelapa sawit, pisang atau nanas.

“Saya yakin kopi mampu membantu petani di luar bandar untuk meningkatkan pendapatan kerana ia mendapat permintaan tiggi dan boleh dipasarkan ke seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyaksikan upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Sarawak melalui Jabatan Pertanian Sarawak dengan Earthling Coffee Workshop Sdn Bhd (Earthling Coffee) sempena Simposium Kopi Borneo di sini, hari ini.

Uggah (tengah) menyaksikan Dr. Alvin (empat kiri) dan Dr. Kenny (tiga kanan) bertukar MoU yang ditandatangani sempena Simposium Kopi Borneo di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Muda Pertanian Dr. Abdul Rahman Ismail, Setiausaha Tetap Kementeria Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datu Ik Pahon Joyik, pemangku pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Dr. Alvin Chai Lian Kuet dan pengarah urusan Earthling Coffee Dr. Kenny Lee Wee Ting.

Menurut Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, sekiranya tanaman kopi dapat dibangunkan di Sarawak maka ia secara tidak langsung mengatasi kebergantungan import kepada produk dan biji kopi.

Katanya buat masa ini, nilai import Sarawak untuk produk dan biji kopi adalah sebanyak RM140 juta.

“Dengan penglibatan ramai petani kita dalam tanaman kopi, sudah tentu kita tidak perlu lagi mengimport produk kopi sebaliknya kita pula yang menjadi pengeksport kopi menjelang tahun 2030,” katanya.

Uggah turut berharap melalui Perkongsian Sektor Awam-Swasta (PPP) dengan Earthling Coffee, ia dapat menggilapkan industri ‘berlian hitam’ itu di Sarawak.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru

Regu Azam raja libas

REGU Azam dari Bintulu muncul juara Kejohanan Raja Pisak Ragak