ARTIKEL

Jalan Kuala Krai-Gua Musang

Korban nahas di Kuala Krai meningkat kepada empat orang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA KRAI: Kelantan: Seorang lagi kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan dua kereta di Jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Kampung Pahi di sini semalam meninggal dunia di hospital, menjadikan angka korban nahas itu seramai empat orang, kata Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, DSP Kamarulzaman Harun. 

Beliau berkata kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu meninggal dunia pada 3.15 petang semalam ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Sultan Ismail Petra di sini.

Kamarulzaman berkata hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Nissan March dari Gua Musang yang menghala ke Kota Bharu memasuki laluan kereta jenis Perodua Myvi dari arah Kota Bharu yang menghala Gua Musang sehingga menyebabkan kedua-dua kereta itu bertembung.

“Dalam kejadian ini, tiga mangsa di dalam kereta Perodua Myvi maut di tempat kejadian, manakala dua lagi mangsa (dalam Perodua Myvi) menerima rawatan di Hospital Kuala Krai,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kemudian seorang daripada dua mangsa dalam Perodua Myvi itu meninggal dunia di hospital sementara mangsa yang terselamat dirawat di Zon Kuning hospital sama. 

Baca lain  Rangkaian 5G Malaysia antara yang terpantas di Asia Tenggara

Dua mangsa yang berada di dalam kereta jenis Nissan March iaitu pemandu mengalami kecederaan parah dan penumpang pula mengalami kecederaan ringan. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis akan menjalankan siasatan secara terperinci,” katanya.

Terdahulu, BERNAMA melaporkan seorang kanak-kanak perempuan antara tiga disahkan maut dalam kemalangan jalan raya kira-kira pada jam 1.38 tengah hari semalam di Jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Kampung Pahi di sini dan semua mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU