ARTIKEL

Kazry Kamarudin gigih meneruskan peniagaan Kedai Runcit Kamarudin di Kampung Badong, Daro.

Korban usia remaja demi kedai runcit keluarga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Demi meneruskan legasi keluarga dalam bidang peruncitan, seorang usahawan sanggup mengorbankan masa mudanya untuk memastikan perniagaan yang diwarisi terus kukuh dan relevan dalam pasaran hari ini.

Kazry Kamarudin, 39 tahun, menguruskan sepenuhnya Kedai Runcit Kamarudin sejak tahun 2006 selepas mengambil alih daripada bapanya yang memulakan perniagaan tersebut pada tahun 1999.

Katanya, kedai runcit yang terletak di Kampung Badong itu merupakan punca rezeki utama keluarganya sejak lebih dua dekad lalu.

“Sebenarnya, ini adalah perniagaan keluarga. Ayah yang memulakannya, dan saya mengambil alih selepas beberapa tahun membantu beliau secara sambilan,” katanya ketika ditemui di sini.

Sebelum menguruskan kedai secara tetap, Kazry pernah bekerja di beberapa tempat termasuk kilang dan ladang sawit bagi menimba pengalaman serta menambah pendapatan.

Mengulas cabaran menguruskan kedai, Kazry berkata pengurusan hutang pelanggan merupakan antara aspek paling penting yang diberi perhatian.

“Kami pastikan setiap hutang dicatat dan dikutip dengan baik supaya tidak menimbulkan masalah kewangan apabila pelanggan gagal membayar,” jelasnya.

Tambahnya, tempoh pandemik COVID-19 merupakan antara detik paling mencabar apabila banyak premis tidak dibenarkan beroperasi, manakala komitmen kewangan perlu diteruskan seperti biasa.

Namun begitu, beliau bersyukur kerana kedainya masih mampu bertahan hasil sokongan pelanggan setia dan usaha gigih menyesuaikan operasi dengan norma baharu.

“Kunci utama dalam perniagaan ialah kita kena sabar. Kita perlu berdepan dengan pelbagai ragam dan kerenah pelanggan setiap hari,” ujarnya.

Katanya lagi, meskipun terpaksa mengorbankan masa, minat yang mendalam terhadap perniagaan menjadi penguat semangat untuk terus bertahan.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga berharap agar perniagaan yang dibina ini dapat terus dikembangkan dan suatu hari nanti diwariskan pula kepada generasi seterusnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha