ARTIKEL

kredit : Yonhap

Korea Selatan Akan Keluarkan Baucar Tenaga Susulan Krisis Asia Barat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEOUL: Parti pemerintah Parti Demokratik Korea (DP) dan pegawai kerajaan Korea Selatan pada Khamis bersetuju untuk menyediakan baucar tenaga bagi membantu golongan rentan menghadapi kenaikan harga susulan perang yang semakin memuncak di Asia Barat, lapor Agensi Berita Yonhap.

Dalam satu mesyuarat antara Ahli Parlimen DP dan pegawai kementerian tenaga di Perhimpunan Kebangsaan Korea Selatan, parti pemerintah itu menggesa kerajaan memastikan kos tenaga tidak memberi tekanan tambahan kepada isi rumah berpendapatan rendah, kata Ahli Parlimen Kim Ju-young kepada pemberita.

“DP meminta kerajaan mengekalkan tahap kesiapsiagaan respons kecemasan yang menyeluruh bagi mengelakkan kesulitan kepada orang ramai akibat gangguan bekalan elektrik, selain menyeru sokongan kebajikan awam agar peningkatan kos tenaga tidak terus membebankan isi rumah yang rentan,” katanya.

Kerajaan turut memaklumkan yang ia akan menubuhkan pasukan respons kecemasan serta bekerjasama dengan syarikat tenaga milik kerajaan dan penjana kuasa swasta bagi memastikan bekalan tenaga kekal stabil. -BERNAMA-YONHAP

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat