ARTIKEL

Korea Selatan hantar tentera ke Sudan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEOUL: Satu kontinjen baharu tentera Korea Selatan akan dihantar ke Sudan Selatan lewat bulan ini untuk menjalankan operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan pasukan keselamatan itu pada Isnin.

Satu majlis penghantaran tentera terbabit dirancang dilakukan di Incheon, yang terletak di barat Seoul, untuk lebih 280 tentera bergilir berkhidmat dalam unit Hanbit di negara Afrika itu selama lapan bulan.

Sesetengah mereka akan berlepas pada hari sama manakala yang lain dua minggu kemudian.

Mereka merupakan kumpulan ke-11 tentera yang dihantar ke negara itu sejak Korea Selatan memulakan penghantaran pada 2013.

Tentera terbabit akan menumpukan keperluan membaiki Laluan Damai di negara yang terjejas akibat peperangan itu, lebuh raya sepanjang 200 kilometer yang menghubungkan Bor, Mangela dan Pibor bagi memulihkan ekonominya dan menyokong misi PBB di wilayah itu.

Sudan Selatan mengisytiharkan kemerdekaannya pada Julai 2011 selepas berdekad terjerumus dalam kancah perang saudara yang meragut lebih dua juta nyawa.

Majlis Keselamatan PBB kemudian menerima pakai Resolusi 1996 bagi membantu usaha membina semula keamanan dan Korea Selatan menerima permintaan PBB agar menghantar tentera pengaman ke sana.

 

Kredit Foto: Army Recognition

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU