ARTIKEL

Jurucakap Presiden, Kang Yu-jung semasa sidang media pada 9 Ogos 2025. (Kredit Foto: Yonhap)

Korea Selatan Hantar Utusan Khas Ke Indonesia Minggu Ini – Pejabat Presiden

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEOUL,(Bernama-Yonhap): Korea Selatan akan menghantar sekumpulan utusan khas ke Indonesia minggu ini bagi menegaskan komitmen kerajaan baharu pimpinan Lee Jae Myung untuk memperkukuh hubungan dengan negara Asia Tenggara itu, lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik kenyataan pejabat presiden pada Ahad.

Delegasi itu, yang diketuai oleh Ahli Parlimen Cho Jeong-sik daripada Parti Demokratik yang memerintah, akan melakukan lawatan selama tiga hari ke Jakarta bermula Isnin, kata Jurucakap Presiden Kang Yu-jung dalam satu mesej kepada wartawan.

Utusan khas itu akan bertemu dengan pegawai kanan kerajaan Indonesia dan menyerahkan sepucuk surat daripada Lee kepada Presiden Indonesia Prabowo Subianto, yang menggariskan usaha untuk mengukuhkan hubungan dua hala, kata Kang.

Mereka juga merancang untuk mengadakan perbincangan menyeluruh mengenai cara untuk meningkatkan kerjasama praktikal dalam bidang seperti perdagangan dan pelaburan, sektor pertahanan, tenaga dan peralihan digital, serta usaha memperdalam hubungan di peringkat serantau membabitkan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

Indonesia adalah satu daripada 10 negara anggota ASEAN, termasuk negara jiran seperti Malaysia, Vietnam dan Kemboja.

Sejak memegang jawatan pada 4 Jun lalu, Lee menghantar utusan khas ke Kesatuan Eropah, Perancis, Britain, India, Poland dan beberapa negara lain.- BERNAMA-YONHAP

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU