ARTIKEL

Korea Selatan keluarkan amaran tahap tinggi penyakit FMD

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEOUL: Korea Selatan hari ini menaikkan tahap krisis penyakit kaki dan mulut (FMD) ke peringkat tertinggi di wilayah tengah dan akan melaksanakan langkah kuarantin yang dipertingkatkan untuk mencegah penularan penyakit haiwan itu.

Tahap amaran dinaikkan daripada “berhati-hati” kepada “serius” untuk bandar tengah Cheongju dan daerah Jeungpyeong di wilayah Chungcheong Utara, dan tujuh lagi wilayah bersebelahan, termasuk Daejeon, Sejong dan Cheonan, menurut Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar.

Ia adalah kali pertama sejak Mac 2018 kerajaan menaikkan tahap amaran ke peringkat tertinggi, lapor agensi berita Yonhap.

Langkah itu dibuat ketika Korea Selatan melaporkan beberapa siri kes FMD di wilayah tengah baru-baru ini selepas mengesahkan satu kes awal bulan ini buat kali pertama dalam tempoh lebih empat tahun.

Hingga awal hari ini, negara itu mencatatkan 11 kes FMD di ladang tempatan, masing-masing sembilan di Cheongju dan dua di Jeungpyeong.

Kes terbaharu dilaporkan di ladang lembu di Cheongju.

Pihak berkuasa menghantar pegawai ke ladang terbabit untuk kerja kuarantin dan pembasmian kuman bagi mencegah penularan penyakit itu dan semua lembu yang diternak akan dimusnahkan.

Baca lain  Pilihan raya Presiden AS, Hillary Clinton sokong Biden

Selain itu, kerajaan selesai memberi vaksin kepada haiwan di ladang di sembilan bandar dan daerah selain menutup pasar serta kemudahan berkaitan daging lembu bagi mengawal penyakit FMD.

Bagaimanapun, pegawai kerajaan percaya kebarangkalian penyakit bawaan virus itu menular ke seluruh negara adalah rendah kerana pemberian vaksin sudah memadai walaupun penyakit itu masih boleh berlaku sekali sekala di kawasan tengah.

FMD mudah berjangkit serta mengakibatkan penyakit pada lembu, babi, kambing dan haiwan lain tetapi tidak memberi kesan kepada manusia. – BERNAMA-YONHAP

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,