ARTIKEL

Korea Utara tutup kedutaan di Hong Kong, Libya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEOUL: Korea Utara menutup misi diplomatik di Hong Kong dan Libya, menurut seorang pegawai kementerian luar, lapor Agensi Berita Yonhap pada Selasa.

Langkah itu seiring dengan tindakan Pyongyang dalam beberapa bulan lepas yang  menutup kedutaannya di Angola, Nepal, Bangladesh, Sepanyol dan Uganda.

Korea Utara berkata penutupan itu sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kecekapan diplomatiknya.

Menurut laman sesawang Kementerian Luar Korea Selatan, jumlah keseluruhan misi diplomatik Korea Utara setakat Selasa kekal sebanyak 44.

Pada November lepas, Korea Utara menyatakan bahawa mereka menutup dan membuka misi diplomatik baharu “selaras dengan perubahan persekitaran global dan dasar diplomatik negara,” tanpa mengulas lanjut.

Kementerian Penyatuan Korea Selatan sebelum ini berpendapat penutupan beberapa kedutaan itu sebagai isyarat jelas keadaan ekonomi Korea Utara yang merudum akibat sekatan global. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU