ARTIKEL

Kos eksport meningkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persekutuan Pekilangpekilang Malaysia (FMM) menggesa syarikat perkapalan Malaysia bersedia menghadapi gangguan berpanjangan yang berlaku di Laut Merah, berikutan krisis keselamatan semakin buruk di rantau itu sehingga memaksa syarikat kapal melencongkan kapal masingmasing ke laluan yang lebih panjang.

Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai menggesa syarikat perkapalan termasuk pengeksport dan pengimport supaya meneliti strategi perniagaan masing-masing untuk melindungi rantaian bekalan, meminimumkan kelewatan bagi memenuhi permintaan pelanggan di samping mengurangkan impak situasi di Laut Merah.

Beliau berkata memandangkan kadar tambang turun naik dan tempoh transit yang tidak menentu, FMM mencadangkan agar syarikat perkapalan menyediakan tempahan kontena dan jadual penghantaran sebaik-baiknya sebulan lebih awal untuk eksport ke pasaran yang terjejas.

“Bagi barangan yang tidak terjejas dengan masa, syarikat dinasihatkan supaya menunggu sehingga beberapa minggu pertama Februari semasa cuti Tahun Baharu Cina kerana kos pengangkutan dijangka lebih rendah dalam tempoh ini,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata FMM menyarankan syarikat perkapalan supaya akur dengan kadar tambang pratempah yang diberikan kepada syarikat perkapalan Malaysia, tanpa pelarasan.

“Sebarang pengumuman mengenai kenaikan baharu kadar tambang atau pengenalan surcaj perlu dimaklumkan secara telus dan dirundingkan secara terus dengan syarikat perkapalan untuk membolehkan pengeksport merancang dan berunding dengan pengimport mereka,” katanya.

Soh berkata selain itu, FMM juga mengesyorkan supaya pengilang mengalihkan pergantungan mereka kepada Asean dengan pendekatan mengutamakan negara jiran dan mendapatkan sumber dari dalam rantau Asean.

Langkah itu bukan sahaja mengenai penjimatan kos malah juga jaminan rantaian bekalan ekoran ketidaktentuan geopolitik, katanya.

Beliau berkata tahap pembangunan ekonomi yang berbeza-beza di Asean dan pengkhususan industri di setiap negara membolehkan pelengkapan yang lebih besar antara negara anggota Asean.

“Memandangkan rantaian bekalan Asean juga amat disepadukan dengan negara jiran Asia Timur Laut, syarikat pembuatan Malaysia boleh membina daya tahan dengan bekerjasama rapat dengan rakan pembuatan Asean, bukan sahaja sebagai sumber input dan pasaran untuk eksport Malaysia malah juga penyepaduan perdagangan dan pelaburan yang lebih kukuh.

“Mereka boleh berbuat demikian dengan memanfaatkan Perjanjian Perkongsian Komprehensif Serantau, dengan Asean adalah teras, dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik,” katanya.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)