ARTIKEL

SANTUNI PENGUNJUNG…Abang Johari beramah mesra dengan pengunjung yang menghadiri LBAS 2023 di MITEC. | MOHD ALIF NONI

Kos implikasi ambil alih MASwings masih dalam kiraan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak masih melakukan pengiraan terhadap kos implikasi untuk mengambil alih MASwings.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau mengambil maklum berkenaan kenaikan harga tambang penerbangan pada musim perayaan yang mendatangkan keresahan kepada rakyat Sarawak untuk pulang ke negeri.

LAMBAIAN MESRA… Abang Johari melambai ke arah pengunjung sewaktu ketibaan di MITEC sempena LBAS 2023.

Justeru katanya, Kerajaan Sarawak tidak mempunyai pilihan untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri dengan mengambil alih MASwings sebagai penyelesaian untuk membantu rakyat Sarawak.

“Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk kita mengambil alih MASwings tetapi ia mesti terbang di luar borneo.

“Dalam masa terdekat ini kita akan dapat penyelesaian untuk mengambil alih MASwings dari Malaysia Aviation Group (MAG),” katanya ketika menjawab soalan pada Sarawak Agenda Townhall #tanyakAbangJo sempena program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2023 di MITEC, di sini hari ini.

Jelas Abang Johari, ini adalah salah satu cara agar tambang penerbangan ketika musim perayaan tidak begitu mahal dan membebankan.

“Kita harus melihat kepada cara dan bagaimana kita uruskan syarikat penerbangan kerana kosnya agak tinggi,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, barisan Menteri Persekutuan, Menteri Kerajaan Sarawak, Ahli Parlimen dan Adun Sarawak.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha