ARTIKEL

Dr Romzi

Kos perjalanan berpotensi pengaruhi kehadiran pengundi luar Sarawak – Penganalisis Politik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kos perjalanan yang meningkat menjelang musim perayaan berpotensi menjadi penghalang kepada penyertaan pengundi luar Sarawak pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13, 12 Disember ini.

Kenaikan tambang penerbangan, kos pengangkutan dan penginapan boleh menyebabkan sebahagian pengundi memilih untuk tidak pulang mengundi, sekali gus memperlihatkan bagaimana kemampuan kewangan turut mempengaruhi penyertaan demokrasi.

Penganalisis politik, Dr Romzi Ationg berkata, faktor kewangan berpotensi mempengaruhi keputusan pengundi yang bekerja atau menetap di luar Sarawak untuk pulang menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka.

“Ya, faktor kewangan berpotensi mempengaruhi keputusan pengundi untuk pulang.

Kenaikan tambang penerbangan, kos pengangkutan dan penginapan boleh menyebabkan sebahagian memilih tidak mengundi.

“Keadaan ini memperlihatkan bahawa kemampuan ekonomi turut mempengaruhi penyertaan demokrasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi SuaraSarawak hari ini mengulas penetapan 12 Disember sebagai hari pengundian PRU Sarawak Ke-13.

Menurutnya, parti yang mempunyai jentera akar umbi lebih tersusun dan keupayaan mobilisasi tempatan berpotensi mendapat kelebihan apabila sebahagian pengundi luar Sarawak mungkin belum berkesempatan pulang.

“Penetapan 12 Disember tidak semestinya menguntungkan parti tertentu secara langsung.

“Namun, parti yang mempunyai jentera akar umbi lebih tersusun dan keupayaan mobilisasi tempatan berpotensi mendapat kelebihan, khususnya apabila sebahagian pengundi luar Sarawak belum berkesempatan pulang,” jelasnya.

Mengulas kemungkinan kesan ke atas keputusan pilihan raya, beliau berkata, penurunan jumlah pengundi yang hadir boleh mempengaruhi keputusan di kawasan yang mempunyai persaingan sengit.

“Penurunan jumlah pengundi, walaupun sedikit, boleh mengubah imbangan undi.

“Kesannya bergantung kepada kelompok penyokong yang gagal hadir serta keberkesanan jentera parti menggerakkan pengundi tempatan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berpandangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar memperkukuh kemudahan undi pos, memperluas akses maklumat serta mempertimbangkan mekanisme pengundian lebih fleksibel bagi mengurangkan kekangan yang dihadapi pengundi luar Sarawak.

Beliau berkata, langkah berkenaan penting bagi memastikan faktor jarak, masa dan kewangan tidak terus menjadi penghalang kepada penyertaan rakyat dalam proses demokrasi.

BERITA LAIN

SPR guna sistem OCR-VA pada PRU Sarawak Ke-13

KUCHING: Sistem Pengecaman Aksara Optik–Kehadiran Pengundi (OCR-VA) akan diperluas ke semua 82 saluran mengundi di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum

BERITA TERBARU

SPR guna sistem OCR-VA pada PRU Sarawak Ke-13

KUCHING: Sistem Pengecaman Aksara Optik–Kehadiran Pengundi (OCR-VA) akan diperluas ke semua 82 saluran mengundi di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum