Kota Pelajar
Selain digelar kota budaya, Yogyakarta juga terkenal sebagai kota pelajar.
Sekitar 17.21 peratus atau 640,000 penduduk Daerah Istimewa Yogyakarta adalah pelajar dan mahasiswa.
Pada 2023, penduduk di sini seramai 3.72 juta orang (databoks, 2023).
Rombongan UNIMAS juga pernah datang menjalin kerjasama dengan beberapa universiti di Yogyakarta pada Ogos lalu.
“Saya optimis, sasaran kunjungan pelancong ke Yogyakarta boleh mencapai sembilan juta orang pada akhir tahun ini,” kata Kepala Dinas Pariwisata Kota Yogyakarta, Wahyu Hendratmoko, pada akhir tahun ini.
Pada September lalu sahaja, jumlah pelancong di Kota Yogyakarta mencecah lapan juta orang.
Destinasi Wajib di Yogyakarta
Daripada ratusan destinasi pelancongan di DIY, terdapat lima destinasi yang wajib anda kunjungi — destinasi unik dan tidak akan anda temui di tempat lain di dunia.
Destinasi pertama ialah Candi Prambanan.
Jaraknya 17.7 kilometer dari bandar Yogyakarta. Kedua, Keraton Yogyakarta, iaitu pusat pemerintahan dan kebudayaan keraton Yogyakarta.
Letaknya di tengah-tengah bandar.
Tidak jauh dari situ terdapat Taman Sari, iaitu taman kerajaan yang dahulu menjadi tempat istirahat raja dan keluarganya.
Ketiga, Malioboro, iaitu jalan utama yang paling popular di Yogyakarta. Malioboro juga merupakan The Cosmological Axis of Yogyakarta and It’s Historic Landmark.
UNESCO mengiktiraf kawasan ini sebagai Warisan Budaya Dunia pada 18 September 2023.
Kemudian, sekitar 27.5 kilometer di selatan bandar Yogyakarta, anda boleh menemui Pantai Parangtritis, yang menyimpan legenda Ratu Pantai Selatan.
Sayangnya, tiada penerbangan langsung dari Sarawak ke Yogyakarta.
Pelancong dari Sarawak perlu ke Jakarta atau Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum ke Yogyakarta.
Dari Jakarta ke Jogja perlu mengambil masa 45 minit penerbangan, atau enam hingga tujuh jam menaiki kereta api.
Makanan di Yogyakarta
Jika Kuching ada di Sarawak, nasi kucing pula ada di Yogyakarta. Hampir setiap kedai yang disebut Angkringan di sini menjual nasi kucing.
Dinamakan nasi kucing kerana porsinya yang kecil, iaitu nasi yang dibungkus daun pisang, berisi sambal, kacang, ikan bilis dan tempe.
Harganya tidak sampai RM1.
Rasanya mirip nasi lemak di Sarawak, tetapi ini versi mini! Makanan paling popular di sini ialah Gudeg, iaitu makanan daripada buah nangka muda yang dimasak dengan santan, gula jawa, dan rempah ratus.
Selain itu, terdapat juga Bakpia, iaitu kuih kecil bulat yang dibuat daripada tepung, kacang hijau, dan gula, yang dibakar.
Kulitnya kering tetapi rangup. Kuih ini sebenarnya dipopulerkan para imigran Cina yang berniaga di pusat bandar Yogyakarta (kawasan Pathuk) sejak 1930.
Tip berkunjung ke Yogyakarta
Sebelum ke Yogyakarta, pelajari beberapa perkataan dalam bahasa Jawa agar anda mudah mesra dengan penduduk setempat.
Mereka akan menyambut anda dengan senyuman ramah.
Di pasar tradisional, jangan ragu untuk menawar ketika membelibelah, kerana barang-barang di Yogyakarta jauh lebih murah berbanding harga barangbarang di Sarawak, bahkan dari tempat lain di Indonesia.
Untuk mengelakkan kehabisan tiket atau bilik hotel, elakkan datang ketika cuti umum.
Pada masa itu, biasanya puluhan ribu pelancong domestik dan antarabangsa memadati Yogyakarta.
Datanglah ketika ada acara budaya, misalnya Festival Kesenian Yogyakarta, Jogja Night Carnival, Festival Filem Yogyakarta, dan lain-lain.
Gunakan pengangkutan awam seperti Bus Trans Jogja, becak, teksi dalam talian, atau basikal ketika mengelilingi bandar. Jangan lupa bawa wang tunai Rupiah agar anda mudah berbelanja di pasar tradisional.
Pilih hotel di sekitar Malioboro agar mudah untuk bergerak.
Dari situ, anda dekat dengan pusat kuliner dan destinasi pelancongan yang telah disebutkan tadi.
Terdapat banyak pilihan di sana, mulai dari homestay hingga hotel bintang lima. Jom bersedia bercuti ke Yogyakarta?





