ARTIKEL

WARTAWAN dan jurugambar Suara Sarawak dan Sarawak Tribune merakam kenangan dengan pelajar Indonesia ketika bercuti di Jakarta. • Foto GHAZALI BUJANG

Kota pesona menawan hati

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBAGAI wartawan, Hari Kebebasan Media Sedunia 2025 hari ini saya raikan dengan bercuti ke negara yang sentiasa membuat saya rindu sebaik meninggalkannya.

Mungkin ramai kawan-kawan hairan, mengapa saya memilih kembali ke Indonesia untuk bercuti?

Sebagai wartawan, saya sering mencari kisah yang dapat menginspirasi, yang boleh menyentuh hati pembaca.

Namun, kisah saya tentang Indonesia sering menyentuh hati saya sendiri.

Sebuah kisah tentang perjalanan seorang wartawan yang menemukan bukan hanya sebuah negara, tetapi sebuah rumah dalam hati orang Indonesia.

Hati saya terpaut melihat setiap sudut lorong, kedai dan orangnya.

Hampir setiap lorong dan kedai yang saya kunjungi sebelum ini telah dihafal malah turut dilayan mesra warga setempat.

Setiap perjalanan ke sini, tidak pernah cukup untuk menggambarkan semua keindahan yang ada.

Setiap sudut kota, setiap senyum yang saya temui dan setiap rasa yang saya cuba, memberi saya cerita baharu yang tidak pernah habis untuk diceritakan.

Justeru di Indonesia, saya bukan hanya seorang wartawan yang mencari cerita, tetapi juga seorang pengembara yang menemukan rumah kedua di tengah-tengah keindahan yang tiada tandingnya.

Bagi yang pertama kali ke Indonesia, mereka akan jatuh cinta kali pertama saat kaki mereka melangkah keluar dari bandara atau lapangan terbang.

Saya sendiri yang lebih tiga kali ke Indonesia pula beranggapan keberadaan di Indonesia ibarat pulang ke kampung halaman, lebih-lebih ke Bandung, Jawa Barat.

Sebagai wartawan yang pernah mengunjungi beberapa negara seperti Korea dan Taiwan sebelum ini, ternyata Indonesia memberikan nuansa berbeza, yang saya rasakan begitu memikat dan tidak terlupakan.

a memiliki daya tarik tersendiri kerana keberagaman budaya dan sejarah yang terpendam di setiap sudutnya terutamanya Jakarta.

Saya menemukan bahawa ini sebuah kota yang sangat menghargai tradisi dalam kalangan warganya dan seperti pertembungan dua dunia yang saling melengkapi antara tradisi yang berakar kuat dengan inovasi serta kemajuan yang bergerak cepat.

Sebagai jiran tetangga, Malaysia dan Sarawak amat disegani oleh penduduk Negeri Seribu Pulau ini.

Yang menariknya, ada yang memanggil saya dengan beberapa panggilan seperti Kaka, Pak, Mas, Brads, Bossku dan Abangku.

Ini yang membuat saya terjatuh hati kepada Indonesia dan membuatkan saya untuk kerap berkunjung ke sini pada masa hadapan. 

Indonesia bukan sahaja kaya dengan sejarah dan budayanya, malah masyarakatnya penuh beradab, menyantuni tetamunya dengan sopan dan senyuman. 

Beberapa mahasiswi yang saya temui menzahirkan rasa kagum dengan Malaysia terutamanya Sarawak yang memperkenal Ujian Penilaian Program Dwibahasa dengan universiti di Cambridge bermula Oktober ini sebagai satu langkah strategik untuk melengkapkan pelajar dengan kelayakan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Malah mereka juga memberikan reaksi teruja apabila kami berkongsi cerita akan Skim Pendidikan Tinggi Percuma di Sarawak yang bermula pada tahun hadapan.

Meskipun perbualannya di tengah-tengah kota ini ringkas, namun daripada riak wajah, mereka begitu kagum akan kesungguhan Sarawak dalam menyediakan pendidikan yang inklusif untuk rakyatnya.

Perbualan singkat itu bukan sekadar membuka mata mereka tentang Sarawak tetapi membuka hati saya sendiri bahawa apa-apa yang dilaksanakan di negeri kita wajar dihargai dan disyukuri.

Di kala kita diberikan nikmat yang sedemikian rupa, ada anak negeri lain yang perlu berhempas pulas untuk mendapatkan segulung ijazah demi meningkatkan dan memartabatkan kelangsungan hidup mereka.

BERITA LAIN

FIA puas hati persiapan Sepang

PERSIAPAN menghadapi Grand Prix Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini mendapat penilaian positif daripada Persekutuan Automobil Antarabangsa

Lewis Hamilton miliki Ferrari F40 idaman

Dunia Automotif LEWIS HAMILTON akhirnya merealisasikan impian yang dipendam sejak zaman kanak-kanak apabila berjaya memiliki sebuah Ferrari F40, kereta ikonik yang disifatkannya sebagai kenderaan idaman

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha