ARTIKEL

Kredit: KPDN Johor

KPDN Gagalkan Cubaan Seleweng 800 Liter Diesel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggagalkan cubaan menyeleweng 800 liter minyak diesel di stesen minyak di Lebuh Raya Pasir Gudang di sini, semalam.

Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo dalam kenyataan berkata bahan api itu ditemukan selepas Unit Ronda Penguatkuasa (URP) menahan dan memeriksa sebuah lori mencurigakan pada kira-kira 2 petang.

Pemeriksaan mendapati lori itu diubah suai dengan pemasangan dua pam disambung terus dari tangki asal kenderaan ke tangki tambahan jenis Intermediate Bulk Container (IBC) di ruang simpanan.

Beliau berkata IBC itu dipercayai mengandungi kira-kira 800 liter minyak diesel.

Lilis Saslinda berkata pemandu lori berusia 40-an gagal mengemukakan dokumen sah termasuk permit khas menyimpan atau tujuan pembelian minyak diesel.

Beliau berkata nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM20,716 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat