ARTIKEL

KPDNHEP Mukah pastikan barang keperluan mencukupi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Bekalan minyak masak paket bersubsidi satu kilogram di sini adalah mencukupi setakat tempoh ini.
Bagaimanapun, Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Mukah Salihin Den menasihati peniaga supaya membeli minyak masak botol agar bekalan minyak masak paket tidak terjejas.
“Kita memberi jaminan akan sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan bekalan minyak masak dan barang keperluan lain mencukupi dan tidak terputus bekalan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan pemantauan di Pusat Pasar Raya Medan Mall pagi tadi.
Katanya, buat masa ini beberapa pasar raya di sekitar daerah ini akan berterusan mendapat bekalan minyak masak paket dari para pembekal secara berperingkat.

Menurutnya berkuat kuasa 19 Januari lalu, KPDNHEP memutuskan bahawa seorang pengguna dihadkan untuk membeli hanya tiga paket minyak masak bersubsidi.
“Ini bagi memastikan semua pengguna mendapat bekalan minyak masak secukupnya.
“Kita turut menyuruh pihak pasar raya untuk mencetak surat arahan daripada KPDNHEP di premis jualan supaya difahami oleh peniaga dan juga pengguna,” katanya.
Minyak masak paket satu kilogram merupakan minyak masak untuk kegunaan domestik dengan harga subsidi ditetapkan ialah RM2.50 sebagai mana termaktub di bawah Program Skim Rasionalisasi Harga Minyak (COSS).

Kenyataan KPDNHEP berhubung penguatkuasaan pembelian minyak masak paket adalah terhad 3 paket untuk seorang pengguna, diletakkan di premis untuk makluman awam.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha