ARTIKEL

Kakitangan KPJ Kuching merakam gambar kenangan selepas menamatkan Program Latihan Kebakaran dan Kecemasan KPJ Kuching, di KPJ Kuching, hari ini. GAMBAR: ALVERDTEKOSTER ANYAP

KPJ Kuching perkukuh kesiapsiagaan melalui Latihan Kecemasan 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penyertaan seramai 202 kakitangan Hospital Pakar KPJ Kuching (KPJ Kuching) dalam Program Latihan Kebakaran dan Kecemasan 2025 memainkan peranan penting dalam memperkukuh tahap keselamatan dan kesiapsiagaan menghadapi sebarang insiden kecemasan.

Sekitar suasana Program Latihan Kebakaran dan Kecemasan KPJ Kuching, di KPJ Kuching, hari ini.GAMBAR: ALVERDTEKOSTER ANYAP
Sekitar suasana Program Latihan Kebakaran dan Kecemasan KPJ Kuching, di KPJ Kuching, hari ini.GAMBAR: ALVERDTEKOSTER ANYAP

Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Wilayah Malaysia Timur Dr. Yeap Kim Pey berkata, latihan tersebut bukan sahaja menguji tahap kesediaan kakitangan hospital, tetapi turut meningkatkan sinergi antara KPJ Kuching dengan agensi respons kecemasan iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya.

Dr. Kenny Yeap Kim Pey
GAMBAR: ALVERDTEKOSTER ANYAP

“Keselamatan pesakit dan warga kerja sentiasa menjadi keutamaan kami serta kualiti penjagaan adalah teras utama hospital ini,” katanya kepada Suara Sarawak selepas menghadiri Program Latihan Kebakaran dan Kecemasan 2025, di KPJ Kuching, hari ini.

Menurutnya, antara kakitangan yang terlibat dalam latihan simulasi tersebut ialah dari Unit Rawatan Rapi (ICU), Jabatan Kecemasan (A&E), Unit Keselamatan serta Jawatankuasa Kebakaran.

Dr. Kenny berharap insiaitif ini menjadi contoh kepada hospital lain dan insitusi perubatan swasta agar terus menjalin kerjasama dengan agensi penyelamat bagi memperkukuh pengetahuan dalam pengurusan bencana.

Sementara itu, Pengurus Besar KPJ Kuching, Nor Azlina Jemain berkata, latihan tersebut merupakan acara tahunan yang dilaksanakan dengan senario berbeza setiap tahun.

Nor Azlina Jemain
GAMBAR: ALVERDTEKOSTER ANYAP

“KPJ Kuching sudah mempunyai polisi bertulis berkaitan pengurusan bencana, namun pelaksanaan latihan praktikal sangat penting agar pengetahuan tidak hanya kekal sebagai teori.

“Latihan sebegini menjadikan tindakan kita lebih pantas dan tepat kerana setiap situasi berbeza dan perlu pendekatan pemindahan yang sesuai,” tambahnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa tahun ini, pihaknya bekerjasama dengan Malaysia Airports untuk simulasi kecemasan, iaitu Latih Amal Bencana Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAB) – membolehkan kakitangan memahami peranan hospital sekiranya berlaku insiden di kawasan lapangan terbang.

Pegawai Perubatan, Dr. Nurul Sya’adah berkongsi pengalaman, menyifatkan penyertaannya dalam latihan itu sebagai pengalaman penting bagi memastikan pemindahan pesakit dan kakitangan dapat dilakukan dengan cepat dan selamat.

Dr. Nurul Sya’adah
GAMBAR: ALVERDTEKOSTER ANYAP

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu