ARTIKEL

Facebook Fadhlina Sidek

KPM latih semula lebih 100,000 guru dalam pedagogi digital – Fadhlina

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melatih semula lebih 100,000 guru di seluruh negara dalam bidang pedagogi digital dan kaedah pengajaran abad ke-21, sejajar dengan Pelan Tindakan Pendidikan ASEAN 2021-2025.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata inisiatif tersebut memberi tumpuan kepada pembangunan profesional guru dan dilaksanakan melalui kerjasama dengan Google for Education, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) serta universiti tempatan.

“Malaysia mengiktiraf bahawa sektor pendidikan perlu beralih daripada penyampaian ilmu secara pasif kepada penekanan terhadap kemahiran, kreativiti, pemikiran kritis dan pembelajaran sepanjang hayat. Kita berada di satu persimpangan – antara penyesuaian secara sederhana atau transformasi menyeluruh. Malaysia memilih untuk melakukan transformasi berani.

“Pelan Tindakan Pendidikan ASEAN 2021-2025 menyediakan kerangka kukuh untuk kerjasama serantau dan Malaysia menyokong sepenuhnya visinya,” katanya dalam ucapan pada Sidang Kemuncak Pemerkasaan Pendidikan 2025: Membentuk Masa Depan ASEAN Melalui Kemahiran dan Inovasi.

Fadhlina berkata Malaysia juga memperkukuh kerjasama antara sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan pemain industri, antaranya melalui pelaksanaan Agenda Pemerkasaan TVET Kebangsaan yang membolehkan sektor awam dan swasta membangunkan bersama program latihan modular berasaskan keperluan industri.

Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa sekolah rintis terpilih telah menggunakan platform pembelajaran berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk memperibadikan pembelajaran pelajar, mengesan risiko awal keciciran dan menyediakan intervensi yang disesuaikan.

Dalam masa sama, KPM juga memperluas inisiatif Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) seperti #MySTEMAmbassadors dan STEM4ALL yang memberi tumpuan kepada pelajar luar bandar dan daripada keluarga berpendapatan rendah. – Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha