ARTIKEL

Gambar hiasan

KPM umum kalendar akademik 2027 bermula 4 Januari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan bahawa Kalendar Akademik Tahun 2027 akan bermula pada 4 Januari melibatkan sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di seluruh Malaysia.

Sesi persekolahan bagi negeri Kumpulan A, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, akan berakhir pada 2 Disember tahun hadapan.

Manakala, sesi persekolahan bagi negeri Kumpulan B, yang melibatkan Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, akan berakhir pada 3 Disember.

Perkara itu juga dinyatakan menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Bilangan 1 Tahun 2026: Kalendar Akademik Tahun 2027 bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan, bertarikh 2 Oktober lalu.

Menerusi surat berkenaan, KPM turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menyelaraskan tarikh cuti perayaan sepanjang sesi persekolahan 2027 yang melibatkan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidiladha, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak, Hari Wesak dan Hari Krismas.

“Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidiladha, Hari Wesak dan Hari Deepavali.

Peruntukan cuti tambahan berkenaan tidak perlu diganti,” katanya.

Dalam pada itu, KPM memaklumkan pihaknya juga telah menetapkan tarikh pembukaan sesi persekolahan tahun 2028 pada 3 Januari bagi Kumpulan A dan Kumpulan B.

“Langkah penetapan itu bertujuan memastikan keselarasan pembukaan sesi persekolahan pada 2028 di seluruh negara, selain memudahkan perancangan pentadbiran sekolah serta pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih teratur dan berkesan,” ujarnya.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan Kalendar Akademik Tahun 2027, ia boleh dimuat turun menerusi laman sesawang KPM di moe.gov.my/takwim.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai