ARTIKEL

KPN: Nama pesalah PKP tidak direkodkan dalam daftar jenayah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Nama mereka yang didapati bersalah mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak direkodkan dalam daftar jenayah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi Bernama mengesahkan nama pesalah PKP tidak dimasukkan dalam sistem rekod jenayah Polis Diraja Malaysia.

“Pesalah PKP tidak direkodkan dalam daftar jenayah,” katanya ringkas ketika diminta mengulas sama ada pesalah PKP akan mempunyai rekod jenayah selepas ditahan.

Beliau berkata meskipun nama tidak direkodkan, ia bukanlah ‘tiket’ untuk orang ramai ingkar PKP yang dilaksanakan bagi mengekang penularan COVID-19.

“Orang ramai perlu patuh PKP, hukuman dan penjara terhadap mereka yang ingkar PKP amat memeritkan,” katanya.

Hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata 683 individu telah ditahan atas kesalahan ingkar PKP semalam dengan jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 29 April adalah seramai 22,432 individu.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU