ARTIKEL

KPPK sedang beralih ke arah pendigitalan sepenuhnya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) komited serta bersedia untuk berubah ke arah operasi digital secara 100 peratus bagi memastikan Pendigitalan Agrikomoditi dapat direalisasi.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi II Datuk Willie Mongin berkata, ia juga akan dilaksanakan dengan mengadaptasi teknologi baharu dalam membangunkan sistem aplikasi dan teknologi yang digunakan.

“Perubahan tersebut juga selaras dengan Teras 1: Memacu Transformasi Sektor Awam dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia di bawah Aspirasi MyDIGITAL melalui strategi kedua iaitu memanfaatkan teknologi digital untuk meningkatkan kecekapan proses kerja dan produktiviti.

“Dan strategi keempat iaitu untuk menambah baik perkhidmatan memanfaatkan data Kerajaan,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerja di Ibu Pejabat Lembaga Lada Malaysia (MPB) di sini, hari ini.

Justeru, tambah Willie, Lembaga Lada Malaysia (MPB) telah memperluaskan penggunaan aplikasi digital seperti Sistem Pangkalan Data E- Pekebun, Sistem E-Penggredan dan Permit Lada; Sistem E-SME dan pelbagai aplikasi mudah alih seperti E-Panduan Lada, NutriLada, LadaGo dan juga Dr. Lada.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah