ARTIKEL

Krisdayanti raih pingat perak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENYANYI terkenal Indonesia, Krisdayanti, mencipta sejarah baharu dalam kerjayanya apabila berjaya meraih pingat perak dalam acara Women’s Single Weapon Routine pada Kejohanan Dunia Kungfu ke-10 yang berlangsung di Emeishan, China.

Kejayaan ini sekali gus membuktikan bintang berusia 51 tahun itu bukan sahaja berbakat besar dalam dunia hiburan, tetapi juga memiliki semangat juang yang tinggi dalam bidang seni mempertahankan diri.

Menerusi hantaran di media sosial, Krisdayanti berkongsi detik manis tersebut dengan memaparkan gambar dirinya memegang pingat dan sijil penghargaan.

Dalam kapsyen, beliau meluahkan rasa syukur serta berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokongnya sepanjang perjalanan menuju kejohanan berprestij itu.

Ruangan komen hantaran tersebut segera dibanjiri ucapan tahniah daripada para peminat serta rakan artis yang meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian luar biasa penyanyi lagu Menghitung Hari itu.

Ramai menyifatkan Krisdayanti sebagai simbol ketabahan dan disiplin yang wajar dicontohi.

Kejohanan Dunia Kungfu anjuran Persekutuan Wushu Antarabangsa (IWUF) itu merupakan antara platform paling berprestij, menghimpunkan atlet kungfu dari seluruh dunia untuk mempersembahkan kemahiran dalam pelbagai kategori, termasuk senjata, tangan kosong dan rutin tradisional.

Kemenangan Krisdayanti dalam acara senjata tunggal wanita bukan sahaja mengharumkan nama Indonesia di pentas dunia, tetapi turut menambah satu lagi pencapaian gemilang dalam perjalanan kerjaya fi gura serba boleh ini.

Beliau kini diiktiraf bukan sekadar ikon hiburan, tetapi juga sebagai lambang semangat juang dan dedikasi tanpa batas.

BERITA LAIN

ANZALNA NASIR titip doa buat AMIRA

Pelakon Anzalna Nasir turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran rakan baiknya, pelakon dan penyanyi Amira Othman. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Anzalna meluahkan

BERITA TERBARU