ARTIKEL

Krisis kemanusiaan terburuk sejak Perang Dunia Kedua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PARIS: Pandemik Covid-19 mengorbankan lebih 30,000 nyawa di Eropah sahaja, ditambah dengan angka dicatatkan di seluruh dunia pada Rabu, yang disifatkan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres sebagai krisis kemanusiaan terburuk sejak Perang Dunia Kedua.

Itali dan Sepanyol yang menanggung krisis, menyumbang tiga daripada setiap empat kematian di benua itu. Ia angka mengerikan yang menyebabkan separuh daripada penduduk bumi berada di bawah perintah berkurung dalam pertempuran untuk menghentikan penularan wabak itu.

Di AS, Presiden Donald Trump memberi amaran rakyat negara itu menempuh minggu sukar dengan jumlah kematian harian tertinggi pada Selasa. Wabak di AS merebak dengan pesat. Kini terdapat kira-kira 190,000 kes yang diketahui, satu angka yang meningkat dua kali dalam hanya lima hari.

Di seluruh dunia, 41,000 kematian direkodkan daripada lebih 830,000 jangkitan sejak pandemik muncul di China pada Disember tahun lepas. Bagi Guterres, pergolakan ekonomi dan politik luar biasa yang dirangsang oleh Covid-19 menzahirkan bahaya nyata kepada keamanan relatif yang dilihat dunia sejak beberapa dekad lalu.

Pandemik itu mencetuskan lebih banyak konfi k di seluruh dunia, dengan krisis bergantung kepada sejauh mana virus boleh mengancam setiap orang di dunia, selain impak ekonomi yang boleh membawa kepada kemelesetan. Guterres turut memberi amaran wabak coronavirus muncul dari negara miskin, terutama Afrika dan menyerang negara kaya yang boleh menyebabkan jutaan nyawa terkorban.

“Kombinasi dua fakta ini dan risiko susulannya. Ia boleh membawa kepada ketidakstabilan, menambah kekacauan dan konfl ik adalah perkara yang kita fi kir. Covid-19 adalah krisis paling mencabar pernah kita hadapi sejak Perang Dunia Kedua,” katanya kepada pemberita. “Justeru tindak balas lebih berkesan dan tegas adalah hanya dengan bersoladiriti, jika semua orang bersatu dan jika kita mengetepikan mainan politik dan memahami apa erti kemanusiaan, kita akan mengatasinya,” katanya. – AFP

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

Parti Megawati sedia jadi pembangkang

JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pada Khamis lalu, memberi isyarat ia mengambil peranan sebagai parti pembangkang kepada kerajaan masa depan, ketika calon presiden Prabowo

Mesir tolak penempatan penduduk Palestin

KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi pada Sabtu dengan tegas menolak sebarang penempatan warga Palestin ke negara itu, satu pendirian yang disokong oleh masyarakat antarabangsa,

BERITA TERBARU

Tun Taib meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menghembus nafas terakhir di pusat perubatan C-V-S Kuala Lumpur pada 4.40 pagi

Kisah Prabowo panglima terbuang

BERDASARKAN hitung pantas, Prabowo Subianto sudah hampir pasti akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Indonesia ketujuh pada Oktober depan. Kiraan pantas dan tidak rasmi tersebut

Uhm Jung Hwa masih bujang

UHM JUNG HWA baru-baru ini muncul dalam rancangan bual bicara Lee So Ra di saluran YouTube dengan mendedahkan banyak perkara tentang kerjaya dan hubungan percintaannya.

Junjung hak wanita

KEGANASAN terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa dan budaya Mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan