ARTIKEL

Sebuah kuarters lama milik Jabatan Kerja Raya (JKR) di Jalan Muhibah, Limbang, musnah dalam kebakaran malam tadi. Foto JBPM

Kuarters lama JKR Limbang musnah dalam kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Sebuah kuarters lama milik Jabatan Kerja Raya (JKR) di Jalan Muhibah di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang menerima panggilan kecemasan pada jam 9.08 malam dan tiba di lokasi dua minit kemudian.

Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal yang tidak berpenghuni dan terbakar 100 peratus.

“Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian tersebut. Pasukan bomba menjalankan pemadaman menggunakan kaedah defensive firefighting dengan satu aliran hos sepanjang 200 kaki dan dua nozel bagi mengawal api.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 9.33 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.47 malam,” katanya.

Operasi turut dibantu lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) manakala pihak SESCO bertindak memutuskan bekalan elektrik bagi menjamin keselamatan.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. – TVS

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha