ARTIKEL

Kuasa beli jadi isu utama walaupun inflasi sederhana

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia yang sederhana dan semakin perlahan belum tentu meringankan kos sara hidup isi rumah, kerana Indeks Harga Pengguna (IHP) hanya mengukur perubahan purata harga barangan.

Dalam Laporan Tahunan 2025, Bank Negara Malaysia (BNM) menjelaskan bahawa inflasi mengukur pertumbuhan harga, bukannya tahap harga yang dihadapi isi rumah.

Inflasi keseluruhan purata 1.4 peratus pada 2025, paras terendah dalam tempoh lima tahun, manakala purata sembilan bulan pertama 2026 ialah 1.8 peratus.

Menurut Bernama, BNM menyatakan bahawa dari 2019 hingga 2024, IHP meningkat 9.3 peratus, sedangkan upah nominal bagi setiap pekerja hanya naik 7.2 peratus.

Bagi menangani kos sara hidup, bank pusat menegaskan keperluan pendekatan dasar menyeluruh, termasuk kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 yang berkuat kuasa mulai Jun 2027 dan peruntukan STR serta SARA sebanyak RM16 bilion pada 2027.

BERITA LAIN

SATU KLIK,PADAH MENANTI

Ancaman keselamatan siber bukan lagi perkara yang boleh dipandang ringan apabila penjenayah kini menggunakan pelbagai taktik untuk menceroboh sistem, mencuri maklumat peribadi dan mengakses wang

BERITA TERBARU

Momen yang dirindui

SETIAP kali tiba musim pilihan raya, saya selalu teringat pengalaman membuat liputan kira-kira 25 tahun lalu. Ketika itu, saya masih muda dan ditugaskan membuat liputan