HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Kuching bakal jadi hab umrah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Kuching bakal menjadi hab umrah sebaik sahaja Kerajaan Sarawak memperuntukkan sejumlah RM11 juta untuk inisiatif ini, tahun depan.

Demikian jelas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika membentangkan Bajet 2023 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Beliau berkata, peruntukan yang disalurkan pada tahun 2023 ini adalah sebagai insentif dan sokongan kewangan bagi inisiatif ini.

“Ini dijangka menjana kira-kira RM16 juta manfaat ekonomi dari segi pelancongan tempatan dan penerimaan pelancongan,”katanya.

Sementara itu, Abang Johari mendedahkan bahawa usaha sedang dibuat untuk meningkatkan ketersambungan penerbangan.

“Hubungan antarabangsa dengan Singapura dan Brunei telah diwujudkan semula manakala rundingan aktif sedang dijalankan dengan pihak berkuasa Indonesia untuk menyambung semula penerbangan terus antara Kuching dan Pontianak sebelum akhir tahun ini.

Abang Johari juga menekankan bahawa kerajaan negeri sedang melancarkan syarikat penerbangan butiknya sendiri untuk memberi perkhidmatan kepada destinasi ‘point-to’point’.

Katanya ini akan menarik lebih ramai pengunjung ke Sarawak kerana ketersambungan udara adalah penting untuk pertumbuhan pelancongan.

“Kami berharap untuk diberikan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) yang akan membolehkan syarikat penerbangan baharu itu menjalankan perkhidmatan penumpang berjadual,”katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Cabaran berniaga kek

KUCHING: Minat membuat kek dan berkeinginan untuk membuka perniagaan sendiri

Inflasi kekal tinggi

KUALA LUMPUR: Meskipun trend pertumbuhan dijangka sederhana, inflasi keseluruhan diunjurkan

Proton umum X90

SUBANG JAYA: Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) mengumumkan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru