ARTIKEL

Kuching bakal jadi hub serantau, penerbangan terus ke Korea, Jepun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengambilalihan saham syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh Kerajaan Sarawak bakal menjadikan Kuching sebagai hub penerbangan terus bagi laluan antarabangsa dalam rantau Asia Pasifik.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya bercadang menjadikannya sebagai penerbangan butik milik negeri yang bukan hanya terbang dalam laluan domestik, tetapi juga ke negara lain yang mempunyai tempoh perjalanan sehingga tujuh jam.

“Semasa mahu mengambil alih syarikat ini, kita mencadangkan kepada kerajaan Pusat untuk mempunyai penerbangan ke luar Kepulauan Borneo. Bermakna ke negara di dalam rantau ini yang dalam tempoh enam ke tujuh jam perjalanan.

“Ia termasuk ke negara Jepun, Korea, Hong Kong, India dan bahagian utara Australia. Harus diingatkan bahawa syarikat ini tidak besar dengan jaringan beberapa tempat yang ditetapkan.

“Dengan itu, Kuching akan menjadi hub penerbangan terus seperti untuk laluan Kuching-Jakarta, Kuching-Hong Kong, Kuching-Bangkok, Singapura, Kuala Lumpur dan lain-lain kerana kita mempunyai syarikat penerbangan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Kerajaan Sarawak, Hornbill Skyways Sdn. Bhd. dan Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) mengenai pengambilalihan saham dalam MASwings Sdn. Bhd. oleh Kerajaan Sarawak, di sini, hari ini.

Untuk rekod, setakat ini MASwings adalah syarikat penerbangan serantau yang mengendalikan perkhidmatan penerbangan di Sabah dan Sarawak.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha