ARTIKEL

Bersama kita terbang lebih tinggi... Fazzrudin meraikan jalinan kerjasama rasmi KCFC dengan AirBorneo.

Kuching City, AirBorneo meterai MoU sokong kempen musim 2026-2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kuching City FC memperkukuh persiapan menghadapi jadual domestik dan antarabangsa yang semakin padat menerusi kerjasama strategik dengan AirBorneo selepas kedua-dua pihak memeterai Memorandum Persefahaman (MoU), semalam.

Kerjasama itu dimeterai ketika The Cats mengharungi salah satu musim paling mencabar dalam sejarah kelab dengan penyertaan serentak dalam Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, Kejuaraan Kelab ASEAN Shopee Cup serta Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2).

Bersama kita terbang lebih tinggi… Fazzrudin meraikan jalinan kerjasama rasmi KCFC dengan AirBorneo.

Pengerusi Eksekutif Kuching City, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman, berkata kerjasama berkenaan satu lagi perkembangan penting dalam usaha memperkukuh hubungan strategik kelab seiring kemajuan pasukan di pentas bola sepak tempatan dan antarabangsa.

“Saya berharap kerjasama ini dapat membuka lebih banyak peluang dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, khususnya dalam menyokong pembangunan The Cats serta bola sepak Sarawak secara keseluruhannya,” katanya semalam.

Bersama kita terbang lebih tinggi… Fazzrudin meraikan jalinan kerjasama rasmi KCFC dengan AirBorneo.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada AirBorneo atas kesediaan menjalin kerjasama dengan KCFC.

“Terima kasih kepada pihak AirBorneo atas kesediaan menjalin kerjasama ini. Insya-Allah, semoga hubungan yang terjalin dapat membawa manfaat dan perkembangan positif pada masa akan datang,” katanya.

Bersama kita terbang lebih tinggi… Fazzrudin meraikan jalinan kerjasama rasmi KCFC dengan AirBorneo.

AirBorneo sebelum ini memaklumkan kerjasama berkenaan menyaksikan syarikat penerbangan itu menyokong Kuching City sepanjang pelbagai kempen musim ini termasuk Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Piala FA, Piala Malaysia, Liga Super, Kejuaraan Kelab ASEAN Shopee Cup dan ACL2.

Kerjasama itu dimeterai selepas The Cats mencatat pencapaian bersejarah dengan menamatkan Liga Super 2025-2026 sebagai naib juara, sekali gus membuka laluan kepada penampilan pertama kelab di pentas Asia dan serantau.

Sebagai wakil Sarawak dalam Liga Super, Kuching City kini berdepan tuntutan perjalanan yang lebih besar apabila perlu beraksi di beberapa destinasi dalam dan luar negara sepanjang musim 2026-2027.

AirBorneo pula sedang melalui fasa transformasi selepas mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab dan operasi MASwings berkuat kuasa 1 Januari 2026, susulan Perjanjian Jual Beli antara Kerajaan Sarawak dengan Malaysia Aviation Group yang dimeterai pada 12 Februari 2025.

Justeru, kerjasama Kuching City-AirBorneo mempertemukan dua entiti Sarawak yang sedang melalui fasa perkembangan penting: satu memperluas cabaran di pentas bola sepak Asia, manakala satu lagi memperkukuh peranan dalam jaringan penerbangan negeri dan serantau.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU