ARTIKEL

Kuching City asah taji, lawan skuad Liga Super

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SKUAD Kuching City FC (KCFC) ‘mengasah taji’ sepanjang tempoh rehat dua minggu, menentang dua pasukan Liga Super, PJ City dan Sabah FC.

Menurut jurulatih KCFC, Irfan Bakti, anak-anak buahnya mendapat manfaat besar daripada perlawanan tersebut walapun kalah.

“Terdapat perubahan positif dari segi persefahaman.

“Kita cuba baiki segala kelemahan, dan menambah baik segala kekuatan,” ujar Irfan.

Dalam aksi persahabatan tersebut KCFC kalah 3-2 kepada PJ City, dan tumpas 3-0 kepada Sabah FC. KCFC menurunkan pemain simpanan ketika menentang Sabah FC.

Menurut Irfan, aksi kompetitif tersebut amat penting bagi mengekalkan momentum pasukan, di samping meningkatkan tahap kecergasan.

Skuad City Boys akan menentang pendahulu liga, Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Sabtu ini.

KCFC kini menghuni tangga kelapan dengan empat mata hasil satu kemenangan, sekali seri dan dua kekalahan.

KCFC mengalahkan PDRM 2-1, seri 1-1 dengan Terengganu FC II, namun kalah 2-0 kepada Sarawak United FC dan tewas 3-1 kepada JDT II.

Irfan yakin anak-anak buahnya mampu memberikan tentangan hebat kepada N. Sembilan Sabtu ini, lantas memperbaiki kedudukan.

KCFC dijangka akan kembali ke Kuching pada pertengahan April ini, dan akan beraksi di Stadium Negeri sebagai gelanggang utama.

Mereka tidak jadi menggunakan Stadium Likas sebagai gelanggang sendiri.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat