ARTIKEL

PROSES LANCAR... Pembelian tiket secara dalam talian memudahkan urusan kemasukan penyokong ke stadium pada perlawanan Shopee Cup minggu lalu.

Kuching City buka khidmat bantuan beli tiket ACL2

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) menyediakan khidmat bantuan pembelian tiket secara dalam talian bagi memudahkan penyokong mendapatkan tiket perlawanan Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) menentang Kitchee SC di Stadium Taha Ariffin, Khamis ini.

Perlawanan pertama di laman sendiri menentang Kitchee SC pada 15 Oktober, jam 8.15 malam menjadi peluang buat The Cats meraih mata pertama selepas tewas 1-2 kepada Phnom Penh Crown FC pada aksi pembukaan di Kemboja.

PROSES LANCAR… Pembelian tiket secara dalam talian memudahkan urusan kemasukan penyokong ke stadium pada perlawanan Shopee Cup minggu lalu.

Menerusi kenyataan di Facebook rasminya, KCFC memaklumkan khidmat bantuan itu disediakan pada 13 dan 14 Oktober di pejabat kelab di Jalan Astana, dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang, dengan waktu rehat dari 12.30 tengah hari hingga 2 petang.

Inisiatif itu membolehkan penyokong mendapatkan bantuan untuk membeli tiket melalui laman sesawang Ticket Hotline.

Kenyataan media Kuching City FC.

Bagi perlawanan berkenaan, tiket kategori berbumbung bagi sektor A, B dan C dijual pada harga RM40, manakala tiket kategori terbuka bagi sektor Open A dan Open B berharga RM30, tidak termasuk caj perkhidmatan.

Tiket kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun ditawarkan pada harga RM5 bagi semua sektor berkenaan, manakala kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah diberikan kemasukan percuma.

Caj perkhidmatan tambahan ialah RM4.28 bagi tiket berbumbung, RM3.99 bagi tiket kategori terbuka dan RM3.60 bagi tiket kanak-kanak.

KCFC turut memaklumkan tiket kanak-kanak hanya boleh digunakan oleh golongan berkenaan dan tidak sah untuk kemasukan orang dewasa.

Sebelum ini, Kuching City tewas 1-2 kepada Phnom Penh Crown FC pada 17 September, manakala Kitchee seri tanpa jaringan menentang Gangwon FC.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU