ARTIKEL

BERCAKAP... Munoz Llompart Francisco Javier.

Kuching City FC beri tentangan sengit, JDT akui bukan lawan mudah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Munoz Llompart Francisco Javier mengakui anak buahnya terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan Kuching City FC (KC FC) pada aksi pertama separuh akhir Piala FA 2025.

JDT hanya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-36, sekali gus membuktikan kekentalan tuan rumah yang bukan mudah ditundukkan.

“Kita hanya dapat gol pada minit ke-36 dan bagi saya ia agak lewat.

“Bagi saya, mereka (KC FC) adalah pasukan kedua terkuat di belakang kami dalam liga, mereka mempunyai kekuatan tersendiri dan sukar ditentang,” katanya.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi, JDT mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas KC FC.

Mengulas lanjut, Munoz berkata KC FC memiliki gaya permainan tersendiri yang memberi tekanan berterusan kepada lawan terutama di gelanggang sendiri.

“Mereka banyak gunakan hantaran jauh, bermain lebih ke depan dan menekan dengan bola tinggi.

“Saya rasa mereka sentiasa bermain begitu dengan intensiti tinggi, kuat dalam perebutan bola sama ada dalam situasi menyerang mahupun bertahan. Memang sukar bermain menentang mereka.

“Anda tahu, pasukan lain bila bermain di sini banyak kehilangan mata, jadi kemenangan ini sangat positif untuk kami,” ujarnya.

Munoz menegaskan, beraksi di Kuching bukan sekadar aksi biasa kerana ia sentiasa menjadi momen tegang untuk setiap pasukan bertandang.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan