ARTIKEL

TERUS FOKUS…Pemain Kuching City bersemangat ketika sesi latihan. | FOTO KC FC

Kuching City intai peluang curi mata di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak mengakui, tugas mencabar menanti pemainnya apabila turun bersemuka dengan Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam esok (Jumaat).

Meskipun tanpa kelibat tiga tonggak utama, Jimmy Raymond dan Rodney Celvin yang digantung satu perlawanan. Selain penyerang import, Jordan Mintah yang masih dibelenggu kecederaan.

Ia bukan alasan untuk mencetak misi beroleh sebarang mata pada perlawanan tersebut.

“Kita akan cuba untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata pada perlawanan malam esok,”  ujar Aidil kepada Arena Suara Sarawak.

Jurulatih kelahiran Singapura itu berharap barisan kesebelasan utama yang dipertaruhkan pada perlawanan malam esok dapat menterjemah strategi yang diguna pakai sepanjang tempoh 90 minit.

“Saya percaya jika pemain dapat melaksana tugas dengan baik, peluang untuk kami mencipta kejutan tetap ada,” tambah Aidil.

Kuching City kini menghuni tangga keenam, menggumpul 23 mata hasil lima kemenangan, lapan seri selepas mengharungi 17 perlawanan.

Berbanding Terengganu FC yang menghuni tangga keempat dengan 27 mata selepas mengharungi 18 perlawanan setakat ini.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah