ARTIKEL

Kuching City layak ke Piala Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kuching City FC (KC FC) berjaya memastikan slot beraksi di pentas Piala Malaysia 2021 selepas berjaya meraih tiga mata penting hasil kemenangan 2-0 ke atas Perak FC II di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor malam tadi.

Ia meskipun masih berbaki satu perlawanan untuk anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim menentang Kelantan Untied FC Jumaat ini (24 September).

Namun, tiga mata diperolehi malam kelmarin memadai untuk mereka sah bersaing dalam kancah piala berprestij itu.

Dua gol KC FC malam kelmarin dijaringkan Mohd. Irwan Syazmin Wahab minit ke-64 dan Aylton Ferreira Ananias minit ke-80.

“Kemenangan yang amat bermakna bagi kami kerana tiga mata diperolehi memuktamadkan perjalanan KC FC ke pentas Piala Malaysia 2021,” kata Irfan kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Irfan, beliau menghambur pujian kepada pemain kerana kerja keras dilaburkan sepanjang perlawanan malam kelmarin menjurus perolehan tiga mata penting itu.

Sementara itu, Pengurus KC FC, Ideris Untong mengucap tahniah kepada pemain atas kemenangan yang diperolehi itu.

“Syukur….akhirnys kami berjaya layak ke Piala Malaysia 2021. Syabas dan tahniah kepada semua pemain,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan