ARTIKEL

KERAS… Yuki Tanigawa (putih) cuba memberi tentangan kepada benteng pertahanan JDT

Kuching City tewas bermaruah kepada JDT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dibarisi lima pemain kebangsaan pada kesebelasan utama sekadar berpuas hati mengatasi Kuching City FC (KC FC) dengan kemenangan satu jaringan di Stadium Negeri, Petra Jaya, malam tadi.

Tuan rumah berjaya mengikat pasukan pelawat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Kedua-dua pasukan masing-masing melakukan serangan bagi memburu jaringan pembukaan namun masih menemui jalan buntu.

PADU…Jonathan (dua kiri) melakukan percubaan untuk meledak gol

Barisan serangan pasukan pelawat yang diketuai bekas penyerang AC Milan, Samuel Castillejo selaku kapten pasukan, sukar membolosi pertahanan tuan rumah yang dikawal ketat duo Yuki Tanigawa dan James Onyekachukwu Okwuosa.

Percubaan solo Figueiredo pada awal babak kedua berjaya disekat oleh Yuki Tanigawa menerusi rempuhan di luar kotak penalti.

Namun, tindakan Yuki membawa padah apabila dilayangkan kad merah sekali gus memberikan peluang kepada JDT melakukan sepakan percuma di luar kotak penalti.

Kuching membuat pertukaran pemain dengan mengeluarkan Hazwan Bakri dan memasukkan Rodney Kelvin Akwensive.

Jonathan Cristian Silva meledak jaringan pembukaan menerusi tandukan selepas berjaya menyudahkan hantaran Figueiredo pada minit ke-60.

Ramadhan gagal memanfaatkan peluang untuk menyamakan kedudukan apabila tandukannya di hadapan gawang JDT melambung tinggi melepasi palang pada minit ke-63.

JDT selepas itu menerusi percubaan Figueiredo dari dalam kotak penalti sekali lagi berjaya ditepis kemas oleh Haziq Nadzli.

Perlawanan tamat sekali gus menyaksikan JDT memperoleh tiga mata penuh.

Namun, keputusan 1-0 menentang Kuching City sudah pasti menjadi lembaran baharu buat barisan jentera kendalian Aidil Sharin Sahak.

BERITA LAIN

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil