ARTIKEL

KAWAL… Rodney Celvin (kiri) mengawal bola daripada dirampas pihak lawan.

Kuching City tewas tipis 3-2 di Brunei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BRUNEI DARUSSALAM: Kuching City FC (KC FC) terpaksa akur dengan keputusan pengadil selepas tewas tipis 3-2 dalam aksi pertama Piala FA menentang DPMM FC semalam.

Perlawanan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Barakas menyaksikan tuan rumah meledak jaringan awal pada minit keenam menerusi kapten pasukan, Muhammad Azwan Ali Rahman.

Anak buah Aidil Sharin Sahak berjaya menyamakan kedudukan hasil gerakan lincah dan hantaran cantik Joao Pedro kepada Wanja Ronald Ngah pada minit ke-43.

Ronald mudah menolak bola masuk ke gawang sebelum meraikan jaringan dengan bersahaja.
Kapten pasukan, James Onyekachukwu, meledak gol pada minit ke-47 menerusi bola muntah hasil pergelutan pemain dan penjaga gawang ketika merebut bola tendangan sudut.

Kegembiraan pasukan pelawat tidak bertahan lama apabila tuan rumah menyamakan kedudukan pada minit ke-48.

Pemain tengah, Miguel Angelo, memanfaatkan peluang hasil salah faham antara Haziq dan James apabila kedua-duanya melepaskan bola yang akhirnya berjaya dirampasnya untuk meledak jaringan penyamaan.
Naziruddin sekali lagi menghukum kesilapan pertahanan Kuching dengan meledak gol pada minit ke-79.

Pemain gantian, Gabriel Nisterooy, berjaya meledak gol pada minit ke-81 namun jaringan itu dibatalkan pengadil kerana terdapat kekasaran di dalam kotak penalti.

Kuching City berpeluang menyamakan kedudukan pada saat akhir namun berjaya dipatahkan penjaga gol, Kristijan Naumovski, yang menampan tendangan Nisterooy.

Keputusan kekal 3-2 sehingga tamat perlawanan yang dihadiri seramai 3,996 penonton.

KEMAS… Jimmy (kiri) mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.