ARTIKEL

Kuching FA hilang enam tonggak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TAMPARAN hebat buat Kuching FA dalam aksi berdepan Selangor 2 di Stadium Sarawak, Petra Jaya pada 28 Ogos ini. Pendatang baharu dalam kancah Liga Premier 2020 itu terpaksa mengenepikan enam tonggak utama gara-gara dibelenggu kecederaan.

Beberapa pemain digantung perlawanan serta direhat kerana kecederaan.

Tiga pemain mengakami kecederaan semasa latihan beberapa hari lepas iaitu penyerang import, Hudson Dias De Jesus, Mohd. Hairol Mokhtar dan Rafiezan Razali.

Manakala dua lagi pemain Jepun, Yuta Suzuki dan Yuki Tanigawa yang terpaksa direhatkan serta pemain pertahanan berpengalaman, Sahran Samad digantung perlawanan.

Penolong Pengurus, Iswandy Ali Hassan menyifatkan masalah yang timbul seakan merencat percaturan strategi bagi pihaknya.

“Tugas sukar menanti kita untuk perlawanan itu kelak dengan ketiadaan enam tonggak utama.

“Kita tiada pilihan dan terpaksa mempertaruhkan barisan pemain simpanan,” ujar Iswandy kepada Suara Sarawak kelmarin.

Iswandy berkata, segala perancangan awal pasukannya dalam menghadapi baki perlawanan jelas terganggu lebih-lebih lagi semua pemain dan pegawai terpaksa menjalani kuarantin selama 14 hari selepas lima pemain disah positif dijangkiti virus Covid-19.

Manakala, Penolong Jurulatih, Shahrizan Sahari berkata, dia menggesa pemain memberi fokus pada perlawanan sebenar kelak.

“Memang penampilan kami untuk perlawanan itu kelak tampak tempang dibeberapa posisi. Akan tetapi saya menaruh keyakinan kepada pemain simpanan dalam melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin,” jelas Shahrizan.

Katanya, beliau perlu mengguna tempoh masa yang ada memperkemas jentera pasukan bagi menghadapi gelora sebenar perlawanan.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan