ARTIKEL

Tang Chieh (kanan) bercakap kepada media bersama Presiden KMA, Wong Chen Yi (kiri) berhubung pembatalan KMA 2026.

Kuching Marathon 2026 dibatalkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih 13,000 peserta tidak akan menyertai Kuching Marathon 2026 pada Ahad ini selepas acara berkenaan dibatalkan susulan risiko kesihatan akibat jerebu.

Pengarah Persatuan Kuching Marathon (KMA) 2026, Liew Tang Chieh berkata, keputusan itu dibuat selepas penganjur mendapatkan nasihat agensi berkaitan serta memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (API), corak angin dan keadaan cuaca secara berterusan.

Katanya, penganjur turut mendapatkan nasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) serta mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Polis Daerah (KPD) bagi mendapatkan pandangan berkaitan aspek keselamatan penganjuran.

“Kami sudah memantau bacaan API dan petunjuk cuaca lain sepanjang masa, termasuk corak angin.

Angin dari Kalimantan mengambil masa kira-kira enam hingga lapan jam untuk sampai ke Kuching,” katanya selepas Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengadakan lawatan ke tapak Pengambilan Kit Larian Kuching Marathon 2026, di sini, hari ini.

Menurutnya, peserta kategori 42 kilometer berdepan risiko paling tinggi kerana dijangka berada di luar sehingga tujuh jam, bermula jam 1 pagi hingga sekitar 8 pagi, ketika keadaan udara tidak menentu.

Katanya, peserta kategori 21 kilometer pula dijadualkan berlari kira-kira empat jam, manakala kategori lima kilometer turut membenarkan penggunaan kereta sorong bayi sebagai aktiviti keluarga, sekali gus meningkatkan tanggungjawab penganjur terhadap keselamatan semua peserta.

“Kami memang mahu meneruskan acara ini. Arahan penutupan jalan raya juga sudah dikeluarkan dan semua persediaan sudah dibuat. Tetapi keselamatan dan kesihatan peserta serta kru sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Liew berkata, pihaknya turut menerima surat daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching yang menekankan keperluan mengambil pendekatan berhati-hati susulan keadaan jerebu sebelum keputusan muktamad membatalkan keseluruhan acara dibuat.

Dalam pada itu, KMA dalam kenyataan memaklumkan peserta berdaftar boleh mengambil pingat penamat dan baju-T penamat bermula esok di Plaza Merdeka. Liew turut mengesahkan Kuching Marathon akan kembali pada tahun depan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai