Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Kuching tuan rumah IRSE pada April

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Kim Shin (empat kanan) menerima risalah persidangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro Mazli Mustaffa, di pejabat Menteri Pengangkutan Sarawak, semalam.

KUCHING: Kuching akan menjadi lokasi Persidangan Institusi Jurutera Isyarat Keretapi (IRSE) Malaysia 2023 yang akan diadakan pada 5 dan 6 April ini.

Penganjuran oleh Seksyen IRSE Malaysia dan dihoskan oleh Sarawak Metro Sdn Bhd, persidangan ini julung kali diadakan di Kuching serta pertama kali diadakan di luar ibu negara Persekutuan.

Sarawak Metro Sdn Bhd dalam kenyataannya berkata, persidangan dua hari itu akan diadakan di Hotel Riverside Majestic, dijangka dirasmikan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin.

Menurutnya lagi, delegasi berpeluang untuk mendengar pembentangan daripada sepuluh penceramah jemputan berkaitan pelbagai topik sepanjang persidangan berlangsung.

Katanya, penceramah yang terlibat termasuk Presiden IRSE Andy Knight dari United Kingdom, Pengerusi IRSE Singapore Robert Cooke dan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak Datuk Ir. Alice Jawan Empaling dan wakil IRSE Indonesia Mulyadi Sinung.

Topik pembentangan terdiri daripada perkembangan terkini dalam industri rel dan pengangkutan awam kepada pelan induk pengangkutan untuk bandar-bandar dan peranan sistem kereta api dalam mencapai pelepasan sifar bersih pada masa hadapan.

Baca lain  Rentas hutan, jalan tanah

Ekoran itu, IRSE Malaysia dan Sarawak Metro meluahkan harapan agar persidangan itu dapat menjadi platform untuk menggalakkan pertukaran pengetahuan bagi mewujudkan kesedaran mengenai keselamatan dan standard amalan yang lebih tinggi dalam sektor rel dan pengangkutan awam.

Persidangan yang disokong oleh BESarawak itu dijangka dihadiri oleh delegasi dari United Kingdom, China, Hong Kong, Indonesia, India, Perancis, Singapura, Switzerland dan Malaysia.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru