ARTIKEL

Kucing miliki wajah menakutkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SWITZERLAND: Xherdan merupakan kucing yang menjadi terkenal gara-gara wajahnya yang menakutkan. Kucing spesies sphinx ini tidak mempunyai bulu di badan, malah badan kucing ini juga berkedut dengan wajah agak menakutkan.

Pemiliknya, Sandra Filippi, 47, yang berasal dari bandar Rüti, Switzerland, amat menyayanginya dan mendakwa di sebalik wajahnya yang menakutkan itu, Xherdan ialah kucing yang peramah dan gemar bermain dengan ahli keluarganya Sandra.

Menurutnya lagi, pertama kali melihat wajah Xherdan, orang akan menjadi kekok dan gerun namun apabila mereka melihat sikapnya yang manja dan suka dibelai, mereka mula menyukainya.

Sandra memberitahu badan kucingnya itu berkedut sejak ia lahir namun kucing itu aktif dan mengiau setiap kali teruja, lapar, bermain, dibelai dan dipeluk.

Sejak videonya menjadi tular di laman sosial, warganet mengambarkannya sebagai kucing berkedut yang pintar, beluncas, makhluk asing dan pelbagai pangilan lagi, namun bagi Sandra, Xherdan ialah kucing yang paling sempurna baginya.

YouTube player

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Atlet muda Muay Thai Sarawak berpotensi besar

BINTULU: Presiden Persatuan Muay Thai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim kagum dengan prestasi yang dipamerkan atlet muda yang bersaing dalam Kejohan Muay Thai Piala Premier