ARTIKEL

Kadet JPJ Sarawak Mesyuarat Penyelarasan JPJ Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Program Kadet JPJ Perancangan Aktiviti 2025
FB JPJ Negeri Sarawak

Kukuhkan jalinan strategik JPJ dan Jabatan Pendidikan di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mesyuarat Penyelarasan Kadet JPJ Sarawak telah berlangsung dengan jayanya di bilik mesyuarat Blok A JPJ Sarawak hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh
Christopher Alex Boniface Barau, Ketua Bahagian Kanan Pengurusan JPJ Sarawak, bertujuan untuk memperkukuh jalinan strategik antara JPJ Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

“Dalam sesi mesyuarat ini, pelbagai perancangan dan aktiviti bagi tahun 2025 telah dibincangkan, dengan fokus untuk meningkatkan keberkesanan program Kadet JPJ di seluruh negeri” menurut kenyataan yang disiarkan dalam Facebook JPJ Negeri Sarawak

Hadir sama dalam mesyuarat tersebut adalah
Mohd. Murtaza Fatemi Morshidi, Penolong Pengarah Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, serta beberapa jurulatih dan guru penasihat Kadet JPJ dari sekolah-sekolah di sekitar Padawan, Samarahan, dan Kuching.

Program Kadet JPJ di Sarawak telah dimulakan pada awal tahun 2015, dengan SMK Penrissen No.1 sebagai sekolah perintis.

Mesyuarat hari ini menjadi platform penting untuk memastikan keberlangsungan dan kejayaan program ini, yang bertujuan melahirkan generasi muda yang berpengetahuan dan berdisiplin dalam mematuhi undang-undang jalan raya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha