ARTIKEL

Jawab… Zainal menjawab soalan daripada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak.

Kumpulan jenayah terancang Sarawak kini diburu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Beberapa kumpulan jenayah terancang di Sarawak kini menjadi tumpuan siasatan selepas fail kes dibuka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Zainal Abdullah, berkata pendekatan SOSMA digunakan bagi kes-kes yang bersifat terancang, dijalankan secara bersindiket dan melibatkan rangkaian berprofil tinggi, termasuk aktiviti pengedaran dadah.

“Polis memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan bukan sahaja terhadap pengedar dadah, tetapi juga terhadap individu yang terlibat dalam penipuan, gangsterisme, pemerasan dan aktiviti jenayah lain.

“Semua jenayah terancang akan diambil tindakan di bawah SOSMA apabila bukti mencukupi diperoleh,” jelasnya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak, semalam.

Zainal berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa kumpulan dan tindakan akan diambil apabila tiba masanya.

Tegasnya, tiada kompromi terhadap kegiatan jenayah terancang, sekali gus memberi mesej jelas bahawa aktiviti jenayah di Sarawak tidak akan dibiarkan berleluasa.

Beliau menjelaskan bahawa SOSMA membolehkan polis menahan mana-mana individu tanpa waran sekiranya terdapat bukti penglibatan dalam kesalahan keselamatan.

Di bawah akta berkenaan, jaminan tidak dibenarkan dan semua kesalahan keselamatan hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Berbeza dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan pada 22 Jun 2012, SOSMA mempunyai prosedur lebih ketat dan tidak boleh digunakan untuk penahanan atas alasan politik.

Kesalahan dalam Jadual Pertama SOSMA melibatkan isu keselamatan yang serius dan kompleks, yang lazimnya tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam.

Polis boleh melanjutkan tempoh tahanan bagi siasatan sehingga tidak melebihi 28 hari, dan peranti pengawasan elektronik turut boleh dipasang pada tertuduh yang dilepaskan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha