ARTIKEL

Hasidah ketika sesi Townhall: MA63 dan Hubungan Persekutuan sempena Seminar Kenegaraan Malaysia Madani di kompleks DUN Sarawak, Petra Jaya, hari ini. - Gambar Mohd Alif Noni

Kuota 35 Peratus Kerusi Parlimen Sarawak, Sabah Terus Diperjuangkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cadangan menambah kuota satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen bagi Sarawak dan Sabah akan terus diperjuangkan bagi mengembalikan kedudukan asal seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menegaskan, isu tersebut amat penting kerana ia melibatkan keseimbangan kuasa serta perlindungan hak kedua-dua wilayah dalam Parlimen.

Menurutnya, ketika pembentukan Malaysia, Sabah, Sarawak dan Singapura diperuntukkan sebanyak 35 peratus kerusi Parlimen bagi memastikan Tanah Melayu tidak mempunyai majoriti dua pertiga.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan keadaan berubah selepas Singapura keluar daripada Malaysia pada 1965, apabila 15 kerusi Parlimen milik republik itu diambil oleh Semenanjung Malaysia.

“Kesan daripada itu, peratusan kerusi Sabah dan Sarawak menurun kepada kira-kira 25 peratus, sekali gus membolehkan pihak di Semenanjung Malaysia memperoleh majoriti dua pertiga untuk meminda undang-undang tanpa merujuk kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Townhall: MA63 dan Hubungan Persekutuan sempena Seminar Kenegaraan Malaysia Madani di kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Petra Jaya, hari ini yang dihadiri kira-kira 300 pemimpin komuniti terdiri daripada pemanca, temenggong, penghulu dan ketua masyarakat di Kuching.

Hasidah berkata, situasi tersebut menimbulkan kebimbangan terutama melibatkan hak-hak negeri seperti kuasa mengenakan cukai jualan dan perkara lain yang berkaitan kepentingan Sarawak dan Sabah.

Sehubungan itu, katanya usaha dipergiat untuk memastikan penambahan kerusi Parlimen dapat dilaksanakan bagi mencapai semula komposisi 35 peratus.

Beliau memaklumkan, perkara tersebut masih dalam rundingan dan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 pada September tahun lalu, dengan kewajaran cadangan itu diakui.

“Namun setakat ini belum ada persetujuan muktamad atau tindakan positif yang diputuskan,” katanya.

Menurut beliau, perjuangan tersebut bukan sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan pelbagai pertimbangan termasuk persepsi pertambahan kerusi yang dilihat memberi kelebihan kepada Sabah dan Sarawak.

“Tetapi ini adalah usaha untuk mengembalikan keseimbangan seperti yang dipersetujui semasa pembentukan Malaysia serta mempertahankan hak kedua-dua wilayah,” tegasnya.

Beliau turut merujuk kepada laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) yang menekankan keperluan mengekalkan hak Sabah dan Sarawak dalam aspek representasi Parlimen.

Dalam masa yang sama, katanya, beberapa bidang kuasa seperti pelancongan dan pendidikan masih berada di bawah Kerajaan Persekutuan dari segi perundangan, dan sebarang perubahan memerlukan pindaan Perlembagaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai