ARTIKEL

Johnny Pang Leong Ming

Kurangkan aktiviti luar dan utamakan kesihatan diri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Orang ramai disaran mengurangkan aktiviti luar dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, masyarakat perlu memberi perhatian serius terhadap tahap kualiti udara semasa dan mengutamakan keselamatan diri, khususnya golongan yang lebih berisiko terjejas akibat pencemaran udara.

Menurutnya, aktiviti luar perlu dihadkan sekiranya keadaan jerebu bertambah buruk, manakala aktiviti di dalam bangunan wajar diberi keutamaan sebagai langkah pencegahan.

“Ketika ini keadaan jerebu menyebabkan banyak aktiviti luar sukar dijalankan. Saya berharap orang ramai dapat menjaga kesihatan masing-masing dan meneruskan aktiviti di dalam bangunan sekiranya keadaan tidak mengizinkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian cek peruntukan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kepada Persatuan Penganut Kristian Pengharapan Bintulu (Hope Church Bintulu), di sini pada Ahad.

Johnny Pang berkata, kesedaran masyarakat mengenai kesan jerebu terhadap kesihatan perlu terus dipertingkatkan bagi mengurangkan risiko penyakit berkaitan sistem pernafasan.

Selain itu, tambahnya, golongan kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada perlu mengambil langkah perlindungan tambahan sepanjang tempoh jerebu.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya sentiasa mengikuti maklumat terkini mengenai keadaan kualiti udara yang dikeluarkan pihak berkuasa berkaitan.

“Sekiranya keadaan jerebu semakin buruk, ambillah langkah yang sewajarnya demi keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap keadaan cuaca kembali pulih dalam masa terdekat agar aktiviti harian masyarakat dapat diteruskan seperti biasa.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke