NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Kurangkan pengambilan makanan segera

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MAKANAN segera seperti kemanisan air berkarbonat, keenakan kentang goreng serta burger dan ayam goreng pasti menjadi kegemaran ramai terutama golongan muda dan kanak-kanak.
Tidak dinafikan, makanan segera cukup terkenal dalam kalangan masyarakat kerana rasa enak, mudah dan cepat untuk dinikmati.
Namun, sejauh mana orang ramai mengambil berat keburukan makanan segera? Makanan segera seperti burger, mi segera atau mana-mana makanan diproses dan mengandungi pelbagai bahan pengawet untuk menambah tempoh luput makanan tersebut.
Selain itu, makanan segera juga dapat diperoleh dari gerai makanan berkonsepkan perkhidmatan penyediaan makanan cepat dan mudah.
Makanan segera dikatakan tidak baik untuk kesihatan kerana mengandungi kalori tinggi dan nutrisi rendah. Kandungan makanan kurang berkhasiat menjadi punca utama pelbagai penyakit sekiranya diambil secara kerap.

Kesan makan makanan segera

Kesan paling ketara apabila mengambil makanan segera dalam kuantiti banyak, individu tersebut berisiko menghidap penyakit kronik.
Kandungan kolesterol dan gula dalam makanan segera biasanya tinggi menjadi punca timbulnya penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Malah, biasanya makanan segera mengandungi garam tinggi seperti dapat dilihat pada kentang goreng dan ayam goreng.
Kandungan garam digunakan dengan banyak bagi tujuan meningkatkan keenakannya, tetapi sekiranya berlebihan mampu menyumbang kepada penyakit tekanan darah tinggi.
Di samping itu, makanan sebegitu mempunyai kalori tinggi dan rendah nutrisi, secara tidak langsung dapat menyebabkan masalah obesiti.

Baca lain  Operasi mencari kru kapal hilang di perairan Samalaju diaktifkan

Bantutkan Pembesaran

Terdapat kajian menunjukkan pengambilan segera dapat membantut pembesaran kanak-kanak. Oleh itu, tidak disarankan bagi kanak-kanak selalu mengambil makanan segera kerana mereka perlu mendapatkan makanan mengandungi zat dan khasiat cukup untuk mencapai pertumbuhan diri ideal.
Tidak dinafikan, terdapat segelintir kanak-kanak lebih gemar makan makanan segera berbanding makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, tetapi perlu diingatkan agar kurangkan pengambilan makanan segera demi kesihatan tubuh badan dalam jangka masa panjang.
Meskipun makanan berkenaan tidak baik untuk kesihatan, tidak bermakna masyarakat perlu lupakan keenakan makanan segera. Sekiranya ingin mengambil makanan segera, pastikan saiz hidangan kecil dan elakkan daripada mengambil menu berlebihan seperti burger mengandungi dua atau tiga kepingan daging.
Hal tersebut kerana jumlah kalori dalam makanan segera seperti itu dapat mencecah sehingga 800 kalori.

Sumber gambar hiasan Bernama

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Bandar utama di china

CHINA terkenal sebagai negara pesat membangun, maju dan memiliki peradaban

E-Paper

10 JUN 2023

Berita Terbaru