ARTIKEL

PARA peserta ketika menjalani kursus tersebut.

Kursus kemahiran kendalikan motosikal kuasa tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seramai 13 anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sibu mengikuti kursus kemahiran penunggangan dan pengendalian motosikal berkuasa tinggi yang berlangsung selama tiga hari mulai semalam hingga 1 Februari.

Ketua Cawangan JPJ Sibu, Mohamad Faizal David Jemat berkata, kursus yang diadakan di pekarangan pejabat JPJ Sibu itu memberi pendedahan kepada penunggangan dan pengendalian motosikal model Kawasaki Versys 650 dan X250 yang digunakan Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB).

Kursus tersebut dikendalikan oleh Ketua UPB Sarawak Zooraini Aini bersama anggota-anggotanya.

Selain itu, para peserta juga mengikuti latihan penunggangan secara berkonvoi dan pematuhan peraturan jalan raya.

“Para anggota juga menjalani latihan pengiringan VIP dan Khas dan didedahkan dengan prosedur operasi standard (SOP)

Berita lanjut dalam epaper STSS.

FAIZAL melakukan simbolik perasmian kursus tersebut sambil disaksikan Zooraini (kiri)

BERITA LAIN

BERITA TERBARU