ARTIKEL

Bronnie Marshall

Kursus Marsyal Perlumbaan Khas untuk wanita terima sambutan luar biasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kuota penyertaan Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Sukan Bermotor Wanita 2026 – Marsyal Perlumbaan sedang dipertimbangkan untuk penambahan susulan sambutan luar biasa yang diterima.

Setiausaha Agung Persatuan Permotoran Sarawak (SMA), Bronnie Marshall berkata, kesemua 30 slot yang ditawarkan bagi kursus marsyal perlumbaan wanita itu dipenuhi dalam tempoh singkat selepas pendaftaran dibuka.

Menurut beliau, sambutan diterima jauh melebihi jangkaan sehingga turut mengejutkan pegawai Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Sarawak.

“Buat julung kalinya kami menganjurkan kursus marsyal khas untuk wanita sahaja. Pada tahun lalu, kursus yang sama dianjurkan untuk lelaki dan berjaya melahirkan 35 peserta yang layak.

“Bagi program kali ini, kita membuka 30 slot untuk wanita dan semua kuota telah dipenuhi dalam tempoh yang sangat singkat. Sambutannya amat menggalakkan,” katanya dalam temu bual bersama Suara Sarawak.

Mengulas lanjut ujarnya, pihaknya kini meneliti kemungkinan untuk menambah jumlah penyertaan bagi memberi peluang kepada lebih ramai wanita menyertai kursus tersebut.

Beliau berkata, kursus berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada wanita berkaitan tugas dan tanggungjawab marsyal termasuk aspek keselamatan serta pengendalian acara sukan bermotor.

Menurutnya, individu yang berjaya menamatkan kursus tersebut berpeluang bertugas sebagai marsyal dalam pelbagai jenis perlumbaan sukan permotoran pada masa hadapan.

Kursus berkenaan dijadual berlangsung pada 12 September depan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching.

Penyertaan adalah percuma dan peserta yang mengikuti kursus tersebut akan menerima sijil penyertaan selain kemudahan makan dan minum yang disediakan sepanjang program berlangsung.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Khir Rahman kembali ke pentas teater Istana Budaya

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah tersohor, Khir Rahman kembali beraksi di pentas teater selepas hampir sedekad menerusi pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak Pengembaraan Sang Kancil di