ARTIKEL

Kutipan Dana Bantuan Anti-Pandemik Sarawak sasar 10,000 penderma

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian mengajak semua lapisan masyarakat di negeri ini bersama-sama menyumbang untuk Dana Bantuan Anti-Pandemik Sarawak.

Dana tersebut dilancarkan oleh Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian pada 1 Julai lalu untuk menyokong usaha Kerajaan Sarawak memerangi pandemik Covid-19.

Presidennya, Datuk Richard Wee berkata pihaknya telah mencapai sasaran 5,000 penderma seperti yang telah ditetapkan oleh persatuan sebelum ini.

Sehubungan kejayaan itu, beliau berkata pihaknya menambah sasaran untuk mendapatkan 10,000 penderma dalam tempoh terdekat.

“Sumbangan ini akan kami serahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN),” katanya.

Richard Wee menunjukkan kod QR Sarawak Pay untuk orang ramai menyalurkan sumbangan kepada Dana Bantuan Anti-Pandemik Sarawak.

Beliau berkata pada sidang media sempena penyerahan sumbangan untuk Dana Bantuan Anti-Pandemik Sarawak oleh beberapa persatuan di pejabat Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian, Jalan Pending di sini hari ini.

Sementara, Pengerusi Dana Bantuan Anti-Pandemik Sarawak, Kuek Eng Mong berkata pihaknya telah menerima sumbangan berjumlah RM224,128 setakat ini.

Katanya, kutipan dana tersebut mampu mencapai lebih RM300,000 dalam masa terdekat kerana terdapat ahli persatuan dan beberapa persatuan lain masih menjalankan kutipan derma.

Tambah Eng Mong, kempen kutipan dana ini telah diperluaskan ke aplikasi Sarawak Pay untuk memudahkan kutipan sumbangan dan kod QR tersebut boleh didapati di laman Facebook Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian dan laman sosial yang lain.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya