ARTIKEL

Datuk Seri Fatimah Abdullah (tengah) menerima kunjungan hormat KWSP Sarawak diketuai oleh Pengarah KWSP Sarawak, Aminuddin Abdul Aziz.

KWSP Cadang Caruman Permulaan Ahli Berumur 18 Tahun Didaftar Secara Automatik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencadangkan pemberian caruman permulaan kepada rakyat berusia 18 tahun yang didaftarkan secara automatik sebagai ahli KWSP, sebagai usaha menggalakkan budaya menabung sejak awal usia.

Cadangan itu merupakan antara empat inisiatif utama yang dikemukakan KWSP Sarawak dalam kunjungan hormat kepada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah di Bangunan Baitul Makmur 2, hari ini.

Fatimah berkata, beliau menyambut baik cadangan tersebut selain memperluas budaya menabung sejak awal dalam kalangan rakyat.

“Berdasarkan maklumat daripada KWSP dari segi simpanan, kebanyakan daripada rakyat Malaysia termasuk Sarawak, simpanannya mencukupi 10 tahun selepas bersara.

“Jadi dengan sebab itu kita perlu sebagai persediaan untuk hari tua kita menyimpan lebih awal.

“Jadi konsep prinsip yang perlu kita laksanakan, menyimpan seawal mungkin,” katanya sambil menambah kementeriannya menerapkan amalan menabung kepada kanak-kanak di Taska Sedidik setiap hari.

Beliau berkata, pendekatan itu penting memandangkan Sarawak dijangka menjadi negeri menua menjelang 2028, sekali gus memerlukan rakyat lebih bersedia dari segi simpanan persaraan.

Fatimah turut berkata cadangan KWSP itu selari dengan usaha memperkukuh budaya menabung dalam kalangan generasi muda, termasuk melalui cadangan pendaftaran automatik ahli KWSP pada usia 18 tahun serta caruman permulaan sebagai galakan awal.

Katanya, antara cadangan yang dibincangkan ialah kemungkinan memulakan caruman permulaan sekitar RM50 sebagai asas supaya golongan muda mempunyai kelayakan untuk mula mencarum dan seterusnya terus menyimpan melalui akaun yang didaftarkan secara automatik itu.

Pengarah KWSP Sarawak, Aminuddin Abdul Aziz berkata, cadangan berkenaan turut melibatkan galakan caruman sukarela melalui skim insentif padanan bagi pekerja sektor formal dan tidak formal, selain penambahbaikan skim sedia ada.

Menurutnya, KWSP mencadangkan supaya setiap individu yang mencapai umur 18 tahun didaftarkan secara automatik sebagai ahli, dengan pemberian caruman permulaan sekali bayar bagi memulakan tabiat simpanan persaraan lebih awal.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke