ARTIKEL

KWSP DIJANGKA UMUM INISIATIF AKAUN 3 APRIL INI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: KWSP dijangka mengumumkan inisiatif  ‘Akaun Fleksibel’ atau Akaun 3 pada April ini yang merangkumi mekanisme serta kelonggaran pengeluaran kepada pencarum, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, mekanisme berkaitan Akaun 3 itu diperjelas kepada pencarum selepas KWSP mengumumkan agihan dividen pada Ahad ini.

“Mereka (KWSP) juga menyatakan dan menerangkan cara pengeluaran, mekanisme yang ada melalui pemecahan akaun tiga akan diterangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) berkaitan status terkini Akaun 3 khususnya dari segi kaedah pengeluaran pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Amir Hamzah berkata, kerajaan tidak melihat kepada sebarang pengeluaran secara bersasar kerana ia memburukkan lagi isu ketidakcukupan simpanan persaraan.

“Kerajaan tidak melihat kepada pengeluaran bersasar kerana akan ada juga kelonggaran dalam Akaun 3 itu,” katanya.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha